Showing posts with label TURUNKAN BERAT BADAN. Show all posts
Showing posts with label TURUNKAN BERAT BADAN. Show all posts

Thursday, 19 November 2015

SIAPA RASA PERUT DIA BUNCIT, KORANG BOLEH CUBA NI..MEMANG MENJADI BEB



Petua untuk kempiskan perut buncit yang berangin.

Bahan-bahannya
  • 4 sudu halba direndamkan dlm air dalam 3 minit dan toskan seketika.
  • 4 cm halia muda diparut atau dihiris halus
  • 6 ulas bawang putih
  • 20 biji lada hitam.

Cara penyediaannya

  • Permulaan anda perlu tumbuk halba sehingga halus hancur dan kemudiannya dicampur halia,bawang putih dan akhir sekali masukkan lada hitam.
  • Yang penting tumbuk sampai hancur. Kemudiannya bahan-bahan tersebut digentel kecil spt maajun/pil.
  • Anda boleh  disimpan maajun ini didalam peti sejuk dan diletakkan ke dalam satu bekas. Jamu ini boleh di ambil 2 biji pagi dan 2 biji malam. 
  • Berterusan makan perlu diamalkan..Insyaallah perut anda akan kempis.

*Tips cara makan ini : selepas menelan jamu ini..anda perlu makan apa-apa seperti kuih untuk alas perut dan jangan lupa minum dengan air suam.
*Anda dapat merasakan badan akan ringan dan angin akan keluar bagi mengempiskan perut.
*Perhatian perempuan mengandung tidak sesuai diamalkan. Anda perlu mencuba, pasti hasil yang mengembirakan.

** Sekiranya anda berminat untuk buat bisnes air dan pelajari teknik untuk buat 14 jenis air balang dengan mendapat keuntungan dalam RM 500 sehari anda boleh baca artikel ini dan klik website ini >>> www.bisnesair.com



Friday, 27 March 2015

3 KHASIAT OAT UNTUK DIET DAN KAWAL DIABETES ANDA


Anda sarapan apa pagi ini? Roti Canai, Mee atau Nasi Goreng? atau Oat? Jika Anda sudah menyelitkan oat sebagai menu harian anda, bererti ianya pilihan menu untuk hidup sihat dan tepat.

Mengapa OAT? Untuk makluman anda, Oat sudah dikenali sebagai makanan yang bermanfaat untuk kesihatan. Ternyata khasiat oat juga berlipat ganda untuk para penderita diabetes, iaitu dari membantu mengatur kadar gula darah, membantu mengatur diet berat badan, serta membantu menjaga kesihatan jantung. Hebat bukan?

3 KHASIAT OAT UNTUK DIET DAN KAWAL DIABETES ANDA

KHASIAT OAT DAN KADAR GULA DARAH
Khasiat dan manfaat oat adalah sangat penting bagi penderita diabetes bagi membantu mengatur kadar gula darah. Hasil penyelidikan dari Asia Pacific Journal of Clinical Nutrition menunjukkan bahwa beta-glucan pada oat dapat membantu mencegah terjadinya peningkatan kadar gula darah secara drastik pada penderita diabetes setelah makan. Mekanisma kehebatan oat ini belum diketahui dengan jelas, namun diyakini berhubungan dengan penghambatan penyerapan zat-zat makanan (termasuk gula) oleh serat pada oat.

KHASIAT OAT DAN PENGATURAN DIET BERAT BADAN
Serat Oat untuk dijadikan makanan juga dapat membantu pengaturan diet berat badan pada penderita diabetes. Hasil penyelidikan dan penelitian Diabetes Research and Clinical Practice menunjukkan bahawa serat Oat makanan adalah sebagai pengganti makan khusus kepada penderita diabetes serta ianya dapat membantu meningkatkan rasa kenyang hingga 27.1%. Hal ini dapat membantu mengurangi jumlah makanan yang akan dimakan dan mengurangi rasa lapar selepas 2 dua jam sesudah makan. Jangan lupa bahawa menjaga berat badan sangatlah penting bagi pengidap diabetes untuk mencegah terjadinya komplikasi lebih lanjut.

KHASIAT OAT DAN KESIHATAN JANTUNG
Khasiat dan manfaat Oat memang sudah diketahui umum, iaitu untuk kesihatan jantung. Hal ini adalah serat dan khasiat yang terkandung di dalam oat dapat membantu menurunkan kadar kolesterol, dan dengan demikian turut menurunkan risiko hipertensi pada mereka yang memiliki kadar kolesterol yang tinggi.

Oleh itu disarankan kepada anda semua untuk menurunkan berat badan adalah dinasihatkan supaya mengamalkan pengambilan Oat secara kerap dan konsisten kerana ianya makanan untuk kesihatan. Selain itu juga amalkan diet yang berterusan dan teratur serta di syorkan untuk anda mengamalkan diet atkins. Jom amalkan Panduan Diet di sini >>> PANDUAN DIET ATKINS YANG BERKESAN



Thursday, 26 February 2015

11 PETUA WARISAN UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN TERBUKTI BERKESAN


Petua yang dinyatakan ini adalah fokus utama ialah kawalan nafsu makan dengan mengikut tertib dan disiplin yang teratur selain melakukan senaman fizikal yang konsisten..Insyallah jika diamalkan secara berterusan pasti berat badan anda akan menurun..

1. Kunyah makanan lebih lama dari biasa. Ini akan membuatkan anda berasa cepat kenyang lantas akan mengurangkan pengambilan makanan.

2. Kurangkan pengambilan makanan yang tidak sihat sedikit demi sedikit. Makan makanan yang kurang lemak. Kurangkan makanan yang mengandungi jumlah gula yang tinggi seperti air bergas, kuih muih, dan makanan ringan.

3. Jika anda terasa lapar, makan hanya sedikit sahaja nasi dan banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk menghilangkan rasa lapar.

4. Jangan makan lewat malam. Jika anda tergolong dalam golongan ini, kurangkan pengambilan sedikit demi sedikit dan makan selewat-lewatnya 3 jam sebelum masuk tidur.


5. Jika anda terbangun dari tidur pada waktu malam dan terasa lapar, minum air kosong atau makan sebiji buah seperti epal atau pisang.

6. Jangan terlepas atau sengaja melepaskan waktu makan anda dengan tujuan untuk menurunkan berat badan. Anda hanya akan berjaya menurunkan metabolisme badan sahaja dengan cara ini. Langkah terbaik adalah makan 5-7 hidangan sederhana sehari.

7. Kawal nafsu makan anda kerana ia akan membuatkan anda makan lebih daripada yang sepatutnya. Anda perlu makan 5-7 kali hidangan sehari demi untuk mengawal nafsu makan anda.

8. Jika anda masih gagal mengawal nafsu makan, anda boleh membeli 'protein shakes' dan memakannya di antara hidangan 2 kali sehari iaitu antara sarapan dan makan tengahari serta antara makan tengahari dan makan malam.

9. Anda boleh menggunakan pil diet untuk mempercepatkan lagi proses menurunkan berat badan. Tetapi ia akan menjadi sia-sia jika anda tidak mengamalkan cara pemakanan yang betul dan sihat.


10. Tingkatkan aktiviti fizikal anda. Latih diri berjalan sekurang-kurangnya 400 meter sehari. Anda tidak semestinya perlu pergi ke gym atau berjogging di padang permainan. Objektif utama adalah untuk membakar lebih banyak kalori. Lakukan aktiviti seperti park kereta anda lebih jauh dari destinasi yang hendak dituju dan pilih untuk menggunakan tangga daripada menggunakan lif.

11. Buat senaman 'sit up' dan 'push up' setiap kali bangun tidur pada waktu pagi dan pada waktu petang selepas balik kerja. Lakukan sebanyak 20 kali setiap set. Tambah jumlah 'sit up' dan 'push up' dari hari ke hari sehingga mampu untuk membuat 100 kali setiap set. Dengan cara ini, anda bukan sahaja boleh menurunkan berat badan dengan cepat, malah berpotensi untuk mendapat perut yang cantik berketul-ketul.

Jika anda ingin menurunkan berat badan dan dapatkan berat badan yang ideal, saya sarankan anda lawati website ini >>> TEKNIK BAKAR LEMAK-DIET ATKINS



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...