Sunday, 17 February 2013

TIPS MUDAH UNTUK PELABURAN HARTANAH




REKOD PEMAJU

Perkara yang paling utama dalam pelaburan hartanah adalah Pemaju..Anda perlu pastikan pemaju yang menjalankan projek perumahan bagi pelaburan anda mempunyai rekod yang baik dalam menghasilkan projek berkualiti.. Jika pemaju sedang membangunkan projek yang baru dan anda berminat dengan projek tersebut,maka saya cadangkan supaya anda lakukan serba sedikit kajian mengenai projek-projek mereka yang terdahulu. Kajian terhadap pemaju adalah perlu supaya anda dapat meneliti hasil projek yang telah dibangunkan..Jangan terpengaruh dengan nama pemaju yang gah dan ternama..Ini kerana kerap kali terjadi projek besar dengan nama syarikat yang ternama menghasilkan projek yang boleh dikategorikan sebagai LAYU “macam hidup segan mati tak mau”. Oleh itu saranan saya adalah lakukan kajian terperinci terhadap rekod pemaju untuk pelaburan hartanah anda.. Carilah rekod pemaju yang mempunyai kriteria bersih dari rungutan pembeli, menepati masa dalam menyiapkan projek.


KAWASAN YANG STRATEGIK

Jika anda ingin membeli rumah atau hartanah, adalah penting untuk cari kawasan yang betul-betul strategik dan terbaik..Pemilihan kawasan yang tepat juga akan menentukan harga hartanah. Ini akan melibatkan juga risiko dan pulangan kemudian hari..Sekarang ini banyak  kawasan strategik bagi pelaburan hartanah. Antara kawasan yang yang boleh dijadikan pelaburan atau tempat untuk mendirikan/membeli rumah adalah berdekatan dengan kawasan industri serta kawasan yang mempunyai sekolah dan institusi pengajian tinggi seperti universiti atau kolej. Selain itu  sebuah rumah kos sederhana atau rumah kos murah akan lebih menjadi rebutan berbanding rumah kos tinggi, ini adalah kerana setiap individu yang ingin menyewa rumah terbabit juga mahu menyimpan sedikit wang untuk masa depan mereka..Jadi lokasi kawasan yang strategik untuk rumah anda boleh dijadikan salah satu tempat pelaburan untuk anda dan yang bercita-cita jadikan hartanah sebagai pelaburan masa depan


KEUNTUNGAN MASA DEPAN

Setelah anda telah dapat/memilih rumah yang sesuai dengan pelaburan hartanah anda..Ada perkara penting yang anda perlu lihat dan teliti..Adakah rumah berkenaan mendapat pulangan dalam pelaburan hartanah anda?  Jika anda mahukan hartanah yang dibeli adalah sebagai pelaburan untuk masa depan, sekurang-kurangnya anda perlu tahu berapakah jumlah keuntungan yang boleh diberikan oleh hartanah ini kepada anda dalam tempoh tertentu. Jadi, anda perlu selalu membuat sedikit kajian tentang kadar sewaan yang menguntungkan, setidak-tidaknya penyewa yang ingin duduk di rumah anda nanti mampu untuk dibuat bayaran balik bagi kos beli rumah dan selenggara hartanah terbabit.


PEMILIHAN BENTUK REKAAN DAN KEPERLUAN SEMASA

Pelaburan hartanah yang anda pilih perlulah praktikaliti dan memenuhi bentuk dan rekaan yang terbaik..Hartanah yang anda pilih perlulah mempunyai ciri-ciri seperti ruang tamu, bilik yang sesuai, dapur, bilik mandi/tandas..Jadi keperluan semasa adalah sekurang-kurangnya mempunyai 3 atau 4 bilik tidur dan 2 bilik mandi/tandas…Jika pemaju masih lagi membina 2 bilik tidur dan 1 bilik mandi..maka sambutan untuk dibeli adalah tidak menggalakan dan tidak sesuai dengan keperluan semasa..Jadi jika anda ingin membuat/membeli hartanah maka anda perlu lihat ciri-ciri berkenaan supaya anda tidak rugi kemudian hari.


PERBANDINGAN HARGA

Anda juga disarankan untuk cuba membuat sedikit kajian perbandingan untuk hartanah di kawasan tersebut pada masa lalu dan sekarang dari segi harga keluasan meter persegi serta modal. Dan dari kajian itu, anda akan tahu adakah pelaburan hartanah yang anda lakukan berbaloi atau tidak..


JARINGAN PERHUBUNGAN AWAM

Lokasi hartanah yang mempunyai nilai yang tinggi adalah yang berada di kawasan kejiranan mempunyai jaringan perhubungan terhadap sekolah, kedai-kedai keperluan harian, berdekatan dengan tempat kerja serta yang paling utama adalah pengangkutan awam seperti LRT, laluan bus dan teksi. Ini adalah perlu untuk keselesaan bagi yang ingin membuat pelaburan hartanah Jika, sekiranya kemudahan ini tidak dapat dihubungkan dengan baik menerusi sistem pengangkutan yang menyeluruh, maka kawasan tersebut boleh adalah kurang kualiti dari aspek pelaburan hartanah. Jadi jaringan perhubungan dan keselesaan adalah aspek penting untuk hartanah berkenaan mendapat pulangan pelaburan dan mempunyai pusingan pasaran serta harga yang tinggi.


KESELESAAN DAN KESELAMATAN

Perkara yang penting dan sering kita terlepas pandang adalah keselesaan dan keselamatan. Jika anda mahu pelaburan hartanah anda berbaloi dan mendapat pulangan, maka anda perlu cari kawasan yang mempunyai kadar jenayah yang rendah. Ini adalah kerana kawasan yang mempunyai kadar jenayah yang rendah dapat memberi keselesaan serta ketenangan di kalangan penduduk sekitar perumahan berkenaan dan ini secara langsung meningkatkan nilai di kawasan terbabit untuk pelaburan hartanah anda.

RUMUSAN

Dengan segala tips mudah pelaburan hartanah di atas, di harap ia dapat membantu serba sedikit untuk anda membuat pelaburan hartanah dan seterusnya mendapat pulangan yang berlipat kali ganda..Saya sarankan pada anda untuk dapatkan panduan khas mengenai ebook PELABURAN HARTANAH TANPA MODAL (PTHM) yang tulis khas oleh ENCIK SAUFI KARIM..Insyallah dengan memiliki ebook “PTHM” ini, anda dah tak perlu risau dan pening-pening lagi mencari ilmu pelaburan hartanah yang sebenar. Malah anda tak perlu juga risau lagi tentang masalah tak cukup modal untuk memulakan pelaburan hartanah atau beli rumah sendiri. Ini kerana dalam ebook “PHTM” ini, akan mengajar anda cara untuk membeli rumah TANPA modal walau sesen pun!



Selain itu segala tips, teknik, strategi dan pengalaman ‘real-life’ PROVEN method akan dibongkarkan kepada anda satu-persatu bagaimana untuk melakukan pelaburan hartanah tanpa modal. Jika anda berminat untuk buat tempahan panduan ebook di atas ini..





4 comments:

  1. tq ats info..juz nk tny area di KL @ PUTRAJAYA @ SELANGOR mana yang hartanahnya akn membangun & sesuai utk pelaburan..

    ReplyDelete
  2. Tuan boleh buat pelaburan hartanah di Putrajaya,Cyberjaya,Puchong dan Shah ALam kerana kawasan ini amat strategik.Pembelian rumah di kawasan ini boleh jana pelaburan jangka masa panjang..

    ReplyDelete
  3. Tq tuan atas info
    Buku nya ada dijual ke tak.klau ade saya nak beli

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq tuan..buku tu ada lagi..blh dapatkan melalui link diatas

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...