Friday 16 October 2015

BISKUT TIRAMISU SEKALI MAKAN HENDAK LAGI


Bahan-bahannya:
  • 1 paket biskut – anda boleh guna biskut cream creakers jagung (atau pun biskut lain pun boleh)
  • 1 tin susu cair
  • 1/2 tin susu pekat - boleh kurangkan manis jika tidak suka manis
  • 1 cawan air
  • Secubit garam
  • Serbuk milo
  • 4 sudu makan tepung kastard

Cara Penyediaannya:
  • Permulaannya satukan susu cair,susu pekat,tepung kastard,air dan garam ke dalam periuk. Api hendaklah perlahan dan kacau sehingga adunan tersebut menjadi likat.
  • Kemudian tutup api.
  • Seterusnya anda susun biskut kedalam bekas atau Loyang yang bersesuaian.
  • Kemudian sapukan adunan kastard sehingga menutupi lapisan biskut ratakan. Selepas itu anda taburkan serbuk milo (lapisan yang disarankan 5 keping).Akhir sekali lapisan atas, anda sapukan adunan kastard dan lebihkan serbuk milo.
  • Simpan biskut tiramisu di dalam peti ais selama 2-3jam
  • Boleh dihidangkan 

** Jika anda ingin pelajari resepi yang menjadi & cara-cara untuk penyediaan Putu Piring atau Putu Bambu boleh layari website ini dan klik link ini >>> www.rahsiaputu.com


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...