Thursday, 19 March 2015

DOA PENAWAR - MERAWAT SAKIT BUAH PINGGANG


Anda mengalami atau pengidap Sakit Buah Pinggang. Mesti anda semua sudah ketahui, jika anda mengalami simtom yang dinyatakan di bawah ini maka anda hendaklah segera membuat pemeriksaan secepat mungkin. Untuk makluman anda semua, jika anda mempunyai tanda-tanda sakit buah pinggang ianya boleh dikesan melalui pemeriksaan air kencing yang nampak tidak normal atau melalui pemeriksaan tekanan darah tinggi. 

Cuba periksa tanda-tanda seperti di bawah. Mungkin tanpa anda sedar, yang anda juga mempunyai simptom-simptom yang dibawah :

Terdapat perubahan dalam pembuangan air kencing.
Perhatikan jika pembuangan air kencing anda adalah kerap atau kurang kerap dari kebiasaan. Selain itu lihat juga jika terdapatnya darah di dalam air kencing anda. Jika anda mengalami kencing terlalu kerap atau terdapat darah di dalam air kencing terutamanya pada waktu malam, dan lama kelamaan air kencing semakin berkurang, boleh jadi anda mempunyai masalah pada buah pinggang. Perhatikan jika terdapat buih pada air kencing yang ditadah. Adanya buih-buih pada air kencing menunjukkan terdapat kehadiran protein dalam air kencing. Protein ini tidak dapat ditapis jika buah pinggang kita bermasalah.

Anda letih sepanjang masa.
Kegagalan buah pinggang tidak dapat menghasilkan hormon yang mencukupi untuk tubuh menghasilkan sel darah merah. Apabila tubuh tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang mencukupi, anda akan mengalami anemia, dan ini menyebabkan tubuh anda terlalu letih.

Anda mengalami tanda-tanda bengkak pada bahagian anggota tubuh badan seperti kaki atau tangan
Buah pinggang yang sihat akan berfungsi dengan baik dan akan mengeluarkan bendalir yang berlebihan dari badan anda. Sekiranya terdapat pembengkakan pada anggota badan, boleh jadi buah pinggang anda tidak dapat berfungsi dengan baik. Retensi iaitu penakungan air kencing boleh menyebabkan kaki, buku lali serta mata bengkak.

Anda mengalami ruam dan kegatalan
Kegagalan buah pinggang untuk mengeluarkan sisa-sisa buangan dari tubuh anda boleh menyebabkan anda mengalami kegatalan yang teruk pada anggota badan.

Perhatikan selera makan anda
Adakah anda terasa seperti payah untuk menelan makanan? Ini adalah salah satu tanda-tanda awal kegagalan buah pinggang. Ianya juga berlaku disebabkan oleh terkumpulnya sisa buangan di dalam darah.

Anda merasa sakit di bahagian belakang atau tepi sebelah bawah pinggang anda
Sakit bahagian belakang ini kerap terjadi kepada kita semua. Jika anda berasa sakit mungkin terdapat ketumbuhan atau keradangan yang akan mewujudkan rasa sakit pada buah pinggang.

Kebanyakan dari tanda-tanda awal penyakit buah pinggang juga merupakan tanda kepada penyakit-penyakit lain. Sekiranya anda merasakan anda mengalami masalah buah pinggang dan mempunyai kebanyakan daripada simptom yang disebutkan tadi, segeralah berjumpa dengan doktor untuk melakukan pemeriksaan lanjut.


DOA PENAWAR - MERAWAT SAKIT BUAH PINGGANG

Berpandukan kepada simptom-simptom di atas, Mari saya kongsikan kepada anda doa dan juga penawar yang boleh anda cuba untuk merawat sakit buah pinggang sekiranya sakit buah pinggang anda di tahap awal hingga ke tahap pertengahan teruk. 



Maksudnya: 115. Maka apakah kamu mengira, bahwa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami? 116. Maka Maha Tinggi Allah, Raja Yang Sebenarnya; tidak ada Tuhan selain Dia, Tuhan (Yang mempunyai) 'Arsy yang mulia. 117. Dan barangsiapa menyembah tuhan yang lain di samping Allah, padahal tidak ada suatu dalilpun baginya tentang itu, maka sesungguhnya perhitungannya di sisi Tuhannya. Sesungguhnya orang-orang yang kafir itu tiada beruntung. 118. Dan katakanlah: "Ya Tuhanku berilah ampun dan berilah rahmat, dan Engkau adalah Pemberi rahmat Yang Paling baik."


CARA MERAWAT :

Sediakan air satu botol kosong yang bersih dan dihembuskan setiap kali membaca doa-doa diatas. Amalkan setiap hari terutama pesakit buah pinggang yang teruk. Minum sebelum sarapan pagi dan minum sebelum tidur malam. InsyaAllah semoga mendapatkan kesembuhan bagi yang mengidap sebarang penyakit berkaitan buah pinggang yang menyebabkan kerosakan buah pinggang. 

Anda boleh amalkan juga minum air barli yang direbuskan bersama gula batu untuk menyuci kekotoran dalam saluran buah pinggang untuk mengelak kencing kotor. Sebulan sekali baik untuk kesihatan selain dari air yang di doakan. InsyaAllah kita cuba ikhtiar dan selebihnya bertawakal kepada Allah. Allah akan permudahkan usaha kita.

***Jika anda pengidap Penyakit Gout, Resdung, Sakit Kepala atau Migrain, Boleh cuba ubat ini >>> PENAWAR PENYAKIT MUJARAB


62 comments:

  1. Assalamualaikum.

    fia sakit buah pinggang ini surah apa ye?
    jika boleh saya tau
    . terima kasih kerana berkongsi petua.

    ReplyDelete
  2. Salam..doa yg bagus..sya ada sdkit tips ptua tuk pykit buah pnggang n btu karang dgn mnggunakn air tlaga pkok pisang kari..klo org india n org kta mmng tau pkok psg kari..tebang pkok n tgglkn lbih sjengkal btg psg lps tu gali tgh btg yg tgl.kmdian ttup dgn plstik bg srangga n hbuk x msuk..pd esok harinya ambil air tsebut mnum air itu.sgt bgus tuk cuci buah pggang n mmecahkn btu karang..in sha Allah..jka dsapu pd kpala n rmbut akn jd sjuk klit kpla kta.ptua dr org mlyu kta n ada psamaan dgn ptua org india..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm..tq tuan shahril share info yang berguna..moga Allah merahmati tuan.

      Delete
  3. Salam semua Admin dan sahabat yang dihormati, saya juga ingin berkongsi sedikit tips mudah tapi sangat baik dan berkesan. Rasanya ramai yang dah tahu tapi lupa untuk mengamalkannya...

    Untuk amalan harian, boleh juga anda cuba minum air barli secara harian. Ia amat berkhasiat di mana selain membantu memelihara kesihatan buah pinggang, ia juga dapat mengurangkan risiko kencing manis, menyejukkan badan, melawaskan kencing dan membantu sistem penghadaman.

    Jika dah cuba nanti, boleh kongsi di sini jika ada apa-apa perubahan yang positif setelah anda mengamalkannya...Insya Allah

    ReplyDelete
  4. Tombong kelapa juga bagus utk sembuhkan sakit buah pinggan.. Saya ada baca pada satu article ni.. Just for advice kalau sesiapa yg dh cuba.. Blh share kt sini😊

    ReplyDelete
  5. Salam, saya pun nak kongsikan satu petua tradisional menggunakan daun sup

    Ia merupakan kaedah rawatan pembersihan semulajadi yang terbaik untuk buah pinggang. Ia mampu ‘mencuci’ buah pinggang kita. Caranya adalah dengan merebus daun sup dan meminum air rebusan daun sup tersebut. Amalkan segelas setiap hari, insya Allah akan terlihat kesan perubahan kesihatan buah pinggang melalui pengumpulam garam dan racun yang keluar dari buah pinggang melalui air kencing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm tuan..tq kerana share petua ini..semoga ianya bermanafaat kpd kita semua

      Delete
  6. Salam,nk Tanya betol ker ade org Kate rebus bendi Dan mnom air rebusan tu slh satu penawar buah pnggang??

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm..maaf xpenah dgr pulak..tp rebusan bendi adalah untuk sakit sendi iaitu elok untuk sakit lutut

      Delete
  7. Terima kasih perkongsian doa ni. kesian tgok org dialisis sbb masalah buah pinggang

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama tuan..hrp doa ini dapat membantu selebihnya bertawakal kepada allah

      Delete
  8. Terima kasih admin atas perkongsian doa diatas sebab saya berumur baru 25 tabun sudah dialisis harap maklum. Kalau ada perkongsian lagi saya minta disharekan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama tuan..didoakan tuan segera sembuh & jgn putus berdoa pada allah

      Delete
  9. Terima kasih share, saye akan mengamalkan nyaa doakan saye sembuh 😩

    ReplyDelete
  10. Salam. Sy ingin bertanya adakah hembus setiap kali nak minum atau hembus sekali shj di dlm botol?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. dihembus pada air botol setelah membaca ayat yang di atas dan boleh diminum

      Delete
  11. Asalamualaikum tuan, izinkan saya mengamalkan doa tersebut Jazakallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm..silakan tuan..semoga mendapat kesembuhan dari allah

      Delete
  12. assalamualaikum..
    terima kasih banyak utk info yg amat berguna dari semua...
    insyaallah..sama2 kita amalkan..
    semoga dapat kesembuhan dgn izin Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm..moga diberi kesembuhan oleh allah..insyallah

      Delete
  13. assalam..tima kasih atas perkongsian ini..boleh saya share doa ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm..sama-sama tuan..boleh sahaja share doa ini

      Delete
  14. Mohon share Doa ini..blh juga dimulakan dgn selawat shifa

    ReplyDelete
  15. Terima kasih untuk doanya.. ayah saya br kena serangan jantung... br buat andiogram... ada 2 sumbat... satu saraf dan stent... kena angin ahmar dan strok sekali gus.. skrg tak boleh jalan, makan dan bercakap... sangat sangat menyedihkan... baru baru ni doktor detect kencing manis pula... setelah drip air gula dan hanya minum susu Glucerna... skrg beliau sy blood pressure rendah pla... dia mengalami dehydration dan hypertension dan sakit buah pinggang.. Ya Allah... tak tahu nak buat mcm mana pula... saya akan cuba doa ini untuk ayah saya... terima kasih untuk perkongsian...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Doa sy semoga Allah bagi kesembuhan & kesihatan pada ayah puan/tuan..teruskan beramal dgn doa diatas..insyallah..Allah Maha mendengar & Allah jua yg menyembuhkan penyakit

      Delete
  16. Izinkan sy mengamalkan doa ini tuan,semoga sy cepat sembuh,aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silakan tuan..moga allah beri kesembuhan pd tuan..jgn putus asa utk ikhtiar..amin

      Delete
  17. Betul tu CahayaShifa sama seperti mana saya pernah dptkn rwtn buah pinggang dan batu karang dgn TokWan di Bukit Katil Melaka.Alhamdulillah. Sapa yg ada masalah jantung, kencing manis, buah pinggang, batu karang,gout , saraf dan sendi cubalah dptkn Tokwan 0172460967

    ReplyDelete
  18. Mohon share tuan dan amalkan.

    ReplyDelete
  19. Mohon share dan amalkan...semoga berkat..aamiin

    ReplyDelete
  20. Mohon share dan amalkan, semoga berkat

    ReplyDelete
  21. Askm...semua..mak sy kritikal buah pinggang tahap 5... doa kan mak sy mendpt keajaiban dr allah n sihat semula..😭😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm..didoakan semoga ibu tuan/puan diberikan kesembuhan

      Delete
  22. Ass salam..Terima kasih atas perkongsian..Inshaa Allah akan di amalkan..

    ReplyDelete
  23. salam izinkn sy mengamalknnya

    ReplyDelete
  24. izinkan sy utk mengamalkan doa ini tuan

    ReplyDelete
  25. doktor bagitahu anak saya ada masalah sedikit pada buah pinggang....adakah ini sakit buah pinggang

    ReplyDelete
  26. Assalam tuan..izinkan saya amalkan doa ini..baru nak jadi sakit buah pinggang..mudah mudahanndiberi kesembuhan..

    ReplyDelete
  27. Terima kasih atas perkongsian ilmu tuan. Moga Allah memberikan kesembuhan kepada setiap orang yang menderita kesakitan. Aamiin

    ReplyDelete
  28. Mohon saya guna doa ni tuan...terima kasih

    ReplyDelete
  29. izinkan saya mengamalkan terima kasih kerana berkongsi ilmu hanya Allah yg menyembuhkan setiap penyakit yg di uji

    ReplyDelete
  30. Izinkan saya share doa tersebut

    ReplyDelete
  31. Minta izin amalkan ya. Terima kasih share.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...