Semalam tengok rancangan AFC kat
astro. Sedap pulak tengok chef tu buat Chocolate Mousse. Meleleh jugak la air
liur saya ni. Saya pun suruh wife cari resepi yang bersesuaian untuk
buat jugak Chocolate Mousse ni. Akhirnya apa lagi wife saya pun tak lengah
jugak la sebab dia pun teringin nak makan Chocolate Mousse tu. Hehe. Pergi ke
dapur cek semua bahan ada..
Meh aku kongsikan sikit
bahan-bahan nya. Resepinya dan caranya juga yang amat mudah jugak. Pasti anak-anak
korang sukakannya. Tak caya cubalah buat. Makan time sejuk-sejuk sedap wooo.
Mari saya sharekan resepinya..
Bahan-bahan (untuk 4 @ 5 bekas)
250gm choc masakan
Sesudu marjerin/ butter
1 cawan whipping cream
1/2 sudu serbuk nescafe - bancuh
dgn sedikit air
1 sudu esen vanilla
2 biji telur - asingkan kuning
dgn putih telur
5 sudu gula halus
Cara-cara membuatnya :
Pukul whipping cream dengan menggunakan
mixer sampai naik kembang dan berbuih.
Kemudian dalam bekas yang lain,
masukkan gula dan kuning telur . Seterusnya kacau sampai telur tu bertukar
warna jadi cerah sikit. Dalam 4 hingga 5 minit macam tu lah..
Berikutnya , cairkan chocolate
masakan dan marjerin dengan menggunakan teknik double boiler. Apabila chocolate
dah cair, masukkan serbuk nescafe yang dah dibancuh dengan air.
Step seterusnya masukkan adunan
kuning telur tadi ke dalam adunan chocolate. Kacau sampai sebati dan panaskan
kembali adunan tersebut guna kaedah double boiler jugak. Buat step ni kejap je,
lepas tu angkat dan ketepikan.
Dalam bekas yang lain, pukul
putih telur sehingga naik kembang.
Finally, gabungkan kesemua adunan
yang telah dibuat di atas (whip cream, chocolate dan putih telur). Kacau
adunan sehingga texturenya sebati. Yang penting jangan terlebih kacau supaya
texture mousse kita tak hilang.
Selepas itu masukkan adunan ke
dalam bekas yang sesuai.
Sejukkan mousse dalam fridge
selama 4-5 jam atau semalaman. Hiaskan bagi cantik dan sedia untuk dimakan.
RESEPI DESSERT STYLE HOTEL - 7 JENIS MOUSSE SPECIAL EDITION
Kalau korang nak belajar lebih
detail untuk buat untuk buat pelbagai mousse seperti di bawah :-
1. Chocolate Mouse In The Cup
2. Tiramisu In The Cup
3
Cheese Mousse Layer Chocolate Cheese Mousse
4. Vanilla Mousse in The Cup
5. Banana Cheese Mousse In The
Cup
6. Strawberry Mousse In The Cup
7. Manggo Mousse In The Cup
8. Teknik menghias icing di atas
mousse in the cup
Boleh layari website berikut dalam
Modul 4 >>> 7 JENIS MOUSSE SPECIAL EDITION
Dengan pelajari teknik yang
sempurna dan betul, anda boleh buka bisnes untuk buat mousse ini dan hantar ke café
dan kedai kek. Ianya pasti berbaloi untuk menambahkan lagi sumber pendapatan
anda. Bayangkan 1 mousse cake anda boleh jual dalam RM 5.00. Anda dapat
hasilkan mousse dalam seminggu dengan kuantiti sebanyak 50 bekas. Jumlah
keuntungan anda adalah RM 250 untuk seminggu. Kalau sebulan RM 250 x 4 minggu.
Jumlah keuntungan keseluruhan yang adalah RM 1000. Agak lumayan. Memang boleh buat duit dan berbaloi.
Jika anda berminat untuk pelajari
mousse style hotel, anda boleh layari website ini segera. Ianya dalam Modul 4 >>> 7 JENIS MOUSSE SPECIAL EDITION
No comments:
Post a Comment