Bila tengok program TV di ASTRO memang
terliur bila hos yang mengacarakan program tersebut makan udang. Kali ni yang
membuatkan saya tertelan air liur adalah bila hos tersebut makan butter prawn. Sekali
tengok memang mudah je cara nak buatnya. Tapi bila nak buat terkial-kial jugak
ooo..Terkial-kial tu wife aku la yang cakap. Saya ni makan je. Hehe. Semestinya,
butter prawn memang sedap dan lazat jika anda memahami teknik-teknik dalam
menyediakan masakan tersebut. Meh saya sharekan Resepi Mudah Butter Prawn Yang Paling Sedap dibawah.
Bahan-bahan :
200g udang besar
2 camca sos ikan
2 ulas bawang putih
1 ulas bawang kecil
½
mentega
600ml minyak masak
2 biji telur dan ambil kuning
sahaja
1 tangkai daun kari
1 tangkai daun kari
Cara-cara penyediaannya :
Step yang pertama adalah panaskan
minyak masak. Pukul sedikit telur kuning di dalam bekas supaya ia bersatu dan kembang
sedikit.
Ambil dan gunakan senduk untuk
mengacau minyak yang panas dalam kuali agar ia berpusing laju dalam satu arah.
Seterusnya sambil mengacau minyak
tadi dengan senduk, korang bolehlah tuangkan kuning telur secara sedikit demi
sedikit dan perlahan-lahan. Anda perlu buat dengan cara mengangkat bekas kuning
telur dengan tinggi seperti membuat teh tarik. Dengan cara ini ianya akan
menjadikan telur tersebut halus seperti memanjang.
Setelah teknik diatas dibuat, teruskan
goreng kuning telur tadi sehingga keperangan. Kemudian angkat dan toskan.
Jangan tutup api tersebut tetapi
kekalkan minyak masak tersebut di dalam kuali.
Seterusnya gaulkan udang bersama
sos ikan sehingga betul-betul sebati. Apabila minyak masak sudah berasap
sedikit, gorengkan udang sehingga agak garing. Angkat dan ketepikan.
Step seterusnya adalah keluarkan
semua minyak masak tadi dan gantikan dengan mentega. Panaskan dengan api
sederhana.
Potong bawang kecil dan ketuk
bawang putih dan tumiskan dengan mentega telah cair tadi.
Setelah tumisan menjadi wangi,
masukkan udang dan gaul rata sebentar sahaja.
Angkat udang dan letak diatas
piring dan taburkan kuning telur tadi dan jangan lupa daun kari. Hidangkan semasa udang masih
garing. Pasti menyelerakan kalau anda dan family anda makan hidangan ini..
Sesuai dimakan untuk 3 atau 4
orang.
Anda suka makan pisang goreng. Mari dapatkan Resepi di sini >>> Resepi Terbaik Tepung Goreng Pisang Rangup
No comments:
Post a Comment