Hari
ini tekak saya ini rasa nak makan menu western..So apa lagi minta pendapat wife yang
disayangi..Lalu beliau mencadangkan menu BLACK PEPPER CHICKEN CHOP..Tertelan
air aku ni habak hang..Lalu aku pun setuju cadangan itu dan wife aku pun
menyediakan menu western tersebut..Mari aku kongsi kan RESEPI BLACK PEPPER
CHICKEN CHOP PALING TERANGKAT ini kepada anda semua..Hehe..Harap anda sudi mencubanya resepi yang tak seberapa ini..
Bahan Penyediaan Ayam - Untuk makan 3-4 orang
Bahan (A) Utama
6 keping dada ayam atau mana-mana bahagian yang anda suka
Bahan (B) Untuk Di Kisar
4 ulas bawang putih
3 inci halia
1 biji bawang besar
2 sudu kecil kicap pekat atau kicap manis
4 sudu kecil serbuk lada hitam
1 kiub pati ayam
Bahan (C) Salutan
Sedikit tepung gandum, 1 cawan serbuk roti dan 1 biji telur
yang telah dipukul
1. Cara-Cara Penyediaan Ayam
Masukkan semua Bahan (B) ke dalam blender serta
masukkan 1 cawan air dan kisar hingga hancur lumat,
Seterusnya anda perlu cucukkan kepingan ayam tadi dengan
garpu dan gaul ayam tersebut dengan bahan (B) yang dikisar sehingga sebati.
Perap selama 2 jam di dalam bekas dan simpan
dalam peti ais.
Setelah diperap selama 2 jam, ambil ayam tadi dan lumur
sedikit dengan tepung gandum, kemudian salut telur dan akhir sekali salut pula
dengan serbuk roti, goreng hingga garing.
Memang sedap kalau dapat di makan panas-panas..Hehe
2. Penyediaan Sos Lada Hitam
Yang ni cukup mudah untuk disediakan, anda ambil lebihan
bahan perapan ayam tadi dan masukkan dalam frying pan.
Seterusnya campurkan dengan 1 cawan air dan masak hingga
mendidih.
Selepas itu masukkan sedikit garam, gula dan lada sulah/lada
hitam, dan untuk memekatkannya masukkan bancuhan tepung jagung.
Jika anda ada minyak bijan bolehlah masukkan 2 sudu kecil
dan sos lada hitam secukupnya untuk hasilkan sos yang lebih sedap dan wangi.
Setelah semua siap anda bolehlah ambil sos lada hitam
tersebut untuk dicurahkan ke atas ayam yang telah siap digoreng tadi.
Itu sahaja resepi ringkas dari wife aku untuk menu western
ini..Cukup simple tapi sedap ooo !!!
** Ketahui rahsia bagaimana memasak nasi
arab ayam yang sedap, cepat dan mudah. Sehingga mendapat pujian daripada
rakan-rakan, suami tercinta dan keluarga tersayang dengan Panduan Video
Lengkap Masak Nasi Arab Ayam Pasti Terangkat >>> www.masaknasiarab.com
No comments:
Post a Comment