Anda menghadapi masalah anai-anai yang merosakkan rumah,
perabot dan segala benda yang berkayu. Mari saya sharekan kepada anda petua
menghalau anai-anai dan anda boleh cuba mana-mana cara di bawah ini :
Garam Dapur
Anda perlu taburkan saja garam di sarang anai-anai, tetapi cara ini kurang
efektif dan kurang berkesan kerana garam hanya berada permukaan saja. Jadi
untuk yang lebih berkesan anda bolehlah campurkan garam dengan air serta tembakau.Campuran
tersebut anda biarkan semalaman dan sembur di tempat-tempat yang berpotensi ada
anai-anai.
Air Kapur Sirih
Anda boleh juga guna cara ini kerana sifat panas dari kapur sihir adalah sangat
tidak disukai oleh anai-anai kerana ianyac memiliki kulit yang nipis dan
lembut. Oleh itu, air kapur sirih ini sangat-sangat efektif untuk membasmi anai-anai.
Caranya adalah sangat mudah, siramkan air kapur sirih ke kayu yang di serang
atau juga terus ke sarangnya. Pasti anai-anai tidak muncul lagi.
Minyak Tanah
Ya mesti ada tertanya-tanyakan kerana minyak tanah sekarang ini mungkin sukar
dijumpai kerana kita dah tak menggunakan lampu pelita. Anda boleh carinya di
kedai dan gunakan minyak tanah ini untuk mengusir anai-anai. Caranya sangatlah
mudah, anda hanya perlu semburkan minyak tanah di kayu yang telah di serang
anai-anai atau juga semburkan di sarang-sarang anai-anai ini. Agar lebih
berkesan, tambahkan minyak serai dengan campuran minyak tanah tersebut
Tembakau
Pokok tembakau adalah pilihan terakhir kerana tembakau ini juga berkesan kepada
anai-anai. Untuk lebih mendapat kesan
terhadap anai-anai, anda boleh mencampur tembakau dan air lalu di biarkan
semalaman agar memperoleh larutan tembakau. Setelah sebati dan larut, anda semburkan
air campuran itu pada kayu yang di serang atau juga ke sarangnya.
Selamat mencuba, Insyallah berkesan.
** Ketahui bagaimana teknik membina ayat jualan yang mampu
memukau pelanggan anda di website ini >>> Rahsia Tingkatkan Jualan Anda
No comments:
Post a Comment