Dinner tadi
aku teringin dan mahu makan cendawan celup tepung. Demi mengikut kemahuan ku
ini lalu wife aku pun pergi ke dapur untuk menyediakan cendawan celup tepung
yang rangup..Hehe
Ramai yang dah tahu kot resepi
mudah untuk buat cendawan celup tepung ini tetapi kadang-kadang bila buat
salutan pada cendawan kurang menjadi dan ia tidak cantik jadinya malah makin
hodoh pulak tengok.
Ya..Jom saya sharekan tips dari
wife aku untuk menyalut keseluruhan cendawan agar rangup dan sedap dimakan bagi
menu cendawan celup tepung.
Caranya adalah seperti
berikut :
Masukkan cendawan ke dalam
bancuhan tepung serbaguna bersama air. Gaul mesra antara cendawan, tepung dan
juga air agar dia sebati. Gaul lembut sahaja supaya campuran tersebut menyaluti
cendawan.
Selepas itu lumurkan sekali lagi
dengan tepung serbaguna dalam bekas berasingan. Hanya tepung sergabuna sahaja.
Ini bagi memastikan salutan tepung sekata dan mesra pada cendawan yang ingin di
goreng.
Selepas itu bolehlah di goreng dan
sedia untuk di makan.
Kaedah ini tidak perlu celup
tepung dengan telur dan yang penting sesuai dengan apa jua jenama tepung
serbaguna di pasaran.
**Jika anda
ingin dapatkan resepi dan penyediaan untuk roti canai yang lembut dan rangup
serta resepi murtabak special. Anda boleh lawati website ini >>> www.resepiroticanai.com
No comments:
Post a Comment