Friday, 31 July 2015

RESEPI UDANG MENTEGA PASTI MEMUKAU SELERA


BAHAN A:
15 ekor udang
1 ½ cawan tepung rangup
1 cawan air

BAHAN B:
1 kuntum bunga kantan - dihiris halus-halus
9 tangkai cili padi - dihiris halus-halus
3 biji telur ayam
1 cawan mentega
Sedikit daun kari
Gula secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN:
  • Permulaannya bersihkan dahulu udang dan masukkan ke dalam mangkuk.
  • Kemudian gaulkan udang bersama dengan tepung rangup serta sedikit air dan seterusnya digoreng sehingga masak. Setelah masak ketepikan udang tersebut.
  • Selepas itu anda perlu cairkan mentega di dalam kuali dan tuangkan telur sedikit demi sedikit diikuti dengan bunga kantan, cili padi, daun kari dan sedikit gula sehingga garing.
  • Akhir sekali anda masukkan udang yang telah digoreng tadi ke dalam campuran bahan-bahan di atas tadi dan gaul rata. Tutup api angkat dan boleh dihidangkan.

** Sekiranya anda berminat untuk buat bisnes air dan pelajari teknik untuk buat 14 jenis air balang dengan mendapat keuntungan dalam RM 500 sehari, anda boleh baca artikel ini dan klik website ini >>> www.bisnesair.com


Tuesday, 28 July 2015

TERGEMPAR SENARAI PENUH ROMBAKAN KABINET 28 JULAI 2015


Perhhhh panas-panas betul kenyataan hari ini dengan segala macam isu yang penuh mendebarkan jantung hehe. Saya sharekan kepada anda Senarai Kabinet Baru yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dari Putrajaya. Pengumuman rombakan kabinet tersebut dibuat pada jam 1.50 petang dengan turut dihadiri oleh beberapa Barisan Menteri Kabinet.

Dalam barisan Kabinet baru itu, nama Tan Sri Muhyiddin Yassin telah digugurkan sebagai Timbalan Perdana Menteri. Kedudukan beliau digantikan oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkuatkuasa 29 Julai 2015

Berikut adalah Senarai Penuh Rombakan Kabinet 28 Julai 2015 





sumber : najibrazak.com


Monday, 27 July 2015

RESEPI AIR KATIRA YANG PALING NYAMAN BILA DI MINUM


Bahan-Bahannya: Perlu disediakan lebih awal
  • Penyediaan Sirap - Permulaannya anda perlu didihkan 2 cawan gula dalam 3 cawan air. Kemudian anda masukkan 1 helai daun pandan dan masak sehingga larut gulanya.
  • 2-3 ketul biji katira – anda perlu merendam biji kathira semalaman, dan perlu buangkan kekotoran serta ditapis. Dibilas dengan air masak, ditapis lagi.
  • 10 butir kembang semangkuk – Perlu direndam semalaman dan buangkan biji serta kulitnya. Kemudian anda perlu menapis, bilas dengan air masak dan ditapis lagi.
  • 1 sudu besar biji selasih – Perlu direndam dengan air masak sehingga ianya mengembang, kemudian ditapis lagi.
  • Cincau
  • Kismis
  • 1 cawan sirap (air gula)
  • 6 cawan air
  • 1 sudu teh air mawar
  • 1 tin susu sejat @ susu cair

Cara-Cara Membuatnya:

Sediakan sebuah bekas yang besar atau mangkuk. Masukkan bahan-bahan seperti kembang semangkuk, katira,cincau, kismis dan biji selasih. Seterusnya anda tuangkan sirap (air gula), air susu cair dan juga air mawar.campuran bahan-bahan tadi dikacau rata.

Akhir sekali boleh masukkan ketulan air batu dan bolehlah dihidangkan didalam gelas.. Semestinya ada akan teruja akan kesedapan air katira ini.

** Sekiranya anda berminat untuk buat bisnes air dan pelajari teknik untuk buat 14 jenis air balang dengan mendapat keuntungan dalam RM 500 sehari, anda boleh baca artikel ini dan klik website ini >>> www.bisnesair.com




Friday, 24 July 2015

RESEPI AGAR - AGAR SANTAN YANG TERISTIMEWA


Bahan-Bahan :
  • 1 bungkus/paket agar-agar (boleh didapati di pasaraya)
  • 1 cawan gula
  • 1 kotak santan
  • 1 biji telur
  • 6 cawan air
  • 2 helai daun pandan
  • pewarna hijau atau ( boleh guna daun pandan di blender halus dan seterusnya ditapis untuk dapatkan warna hijau )
  • sedikit garam @ secubit garam


Cara-cara :
  • Permulaannya perlu masak air dengan gula dan daun pandan hingga gula larut.
  • Selepas itu masukkan serbuk agar-agar dan kacau lagi sehingga mendidih.
  • Apabila sudah mendidih bolehla masukkan pewarna hijau dan sedikit garam dan kacau lagi.
  • Satukan santan dan telur, dipukul ringan dan campurkan apabila larutan tadi telah mendidih.
  • Masukkan dalam acuan dan biarkan sejuk. Nak sedap masuk dalam peti sejuk.
  • Siap untuk dihidang dan sedap kalau dapat makan sejuk-sejuk agar-agar ini.

** Jika ingin buat mengetahui resepi tart yang gebu, sedap dan digemari oleh anak-anak dan rakan-rakan anda, anda boleh layari website ini dengan klik link ini >>> www.buattart.com


Monday, 20 July 2015

RESEPI KERABU PERUT YANG MEMBANGKITKAN SELERA


Bahan-bahan:
  • 1.5 kg perut lembu - dibersihkan,direbus dan perlu di hiris nipis-nipis
  • 6 tangkai kacang panjang - dihiris halus
  • Segenggam taugeh secukupnya – mesti dibersihkan
  • 2 bawang besar- hiris halus
  • 6 biji cili padi- dihiris halus
  • 3 biji limau nipis - ambil airnya
  • 2 biji tomato- di potong dadu
  • Sedikit daun ketumbar dan daun kesum - dihiris dengan halus

Bahan untuk ditumbuk:
  • 1 sudu kerisik atau kelapa goreng
  • 2 batang serai- hiris halus
  • 3 sudu udang kering- dibersihkan
  • 1 bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • Sedikit belacan
  • 1 inci halia

Cara-cara penyediaannya:
  • Tumbuk semua bahan diatas yang berkenaan sehingga hancur. Tapi jangan la hancur sangat.
  • Seterusnya gaulkan dengan perut yang telah dihiris tadi.
  • Masukkan dan gaulkan dengan semua sayuran yang telah dihiris halus dan juga air limau nipis.
  • Masukkan bahan sedikit perasa untuk kasi ummphh
  • Siap untuk dihidang dan di makan..Memang tersangat marvellous !!

**Jika anda ingin pelajari resepi yang menjadi cara-cara untuk penyediaan aneka roti canai dan murtabak serta kuahnya untuk bisnes dan makan sendiri. Boleh layari website dan klik link ini >>> www.resepiroticanai.com


Friday, 17 July 2015

RESEPI MEE GORENG BASAH MEMANG MARVELOUS


Bahan-bahan 
  • 1 pack mee kuning
  • 5 biji bawang merah perlu ditumbuk
  • 3 ulas bawang putih perlu ditumbuk
  •  ½ inci halia perlu ditumbuk 
  • 3 ekor sotong di potong bulat 
  • 13 ekor udang 
  • 300 gram isi kerang yang telah direbus
  • 3 tangkai sayur sawi pak choy
  • 1 genggam taugeh
  • 2 sudu besar cili boh 
  • 2 sudu besar minyak masak 
  • 1 sudu besar sos tiram 
  • 4 sudu besar sos tomato 
  • 2 sudu besar kicap pekat 
  • 3 cawan air 
  • Gula dan garam secukup rasa


Cara memasak dan membuatnya
  • Permulaannya adalah panaskan minyak. Tumis semua bahan yang ditumbuk hingga naik bau. Kemudian anda boleh masukkan cili boh dan tumis hingga pecah minyak.
  • Seterusnya masuk sos tomato,sos tiram,kicap pekat, air dan kacau sehingga mendidih.
  • Selepas itu anda masukkan udang, kerang dan sotong tunggu sehingga masak. Kemudian bubuh garam dan gula ikut selera anda.
  • Selepas itu pula anda masukkan mee kuning dan gaul sebati. Masukkan pula sawi. Jika anda nampak air macam dah nak kering atau tak cukup basah boleh tambah lagi sedikit air.
  • Kecilkan api dan masukkan taugeh. Kemudian gaul mee supaya sebati dengan bahan/ramuan tadi. Apabila semua perasa dah meresap dalam mee, tutupkan api. Dan terus pindahkan mee ke dalam pinggan.
  • Boleh dihidang dan dimakan..Memang terbaik!!


** Jika anda ingin pelajari resepi yang menjadi & cara-cara untuk penyediaan Kek Cheese boleh layari website ini dan klik link ini >>> www.kekcheese.com


Monday, 13 July 2015

RESEPI ASAM PEDAS TUMIS MELETOP TERANGKAT


Bahan-bahan:
  • Ikan – ikan ikut citarasa anda dan kemampuan anda
  • 8 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • Belacan – jumlahnya sebesar ibu jari kaki
  • Sedikit halba
  • Kunyit hidup - sebesar ibu jari
  • Air asam jawa.
  • Cili yang telah diblander
  • 2 sudu besar kelapa goreng atau kerisik
  • sedikit halia - sebesar ibu jari
  • 4 buah Sayur bendi/tomato
  • Garam secukup rasa

Cara penyediaan dan memasak:
  • Mula-mula bawang putih dan kunyit hidup ditumbuk lumat.
  • Seterusnya masukkan bawang merah yang ditumbuk separuh lumat.Masukkan belacan dan  ditumbukkan juga.
  • Setelah itu panaskan periuk dan minyak untuk menumis.
  • Setelah minyak panas masukkan sedikit halba (lebih kurang  5 biji) dan jangan banyak sangat nanti pahit pulak.Halba ini adalah untuk naik bau wanginya.
  • Masukkan bawang merah,putih,belacan,kunyit,yang telah ditumbuk tadi dan dikacau
  • Masukkan cili yang telah diblander (8 sudu besar) dan kacau sebati lalu masukkan kerisik.
  • Pastikan anda tumiskan dengan api sederhana sehingga atau cili berubah warna sedikit merah hitam.
  • Setelah garing masukkan air asam jawa.Tambah air biasa untuk kuahnya /sesuai dengan ikan.
  • Kacau dan biarkan bahan tumis tadi sebati dengan kuahnya.
  • Masukkan ikan dan bendi/tomato.Kemudian masukkan halia yang telah ditumbuk sedikit atau yang telah dihiris halus.
  • Didihkan kuah. Dan last sekali masukkan garam secukup rasa.
  • Boleh dihidang

** Jika anda ingin pelajari resepi yang menjadi & cara-cara untuk penyediaan aneka roti canai dan murtabak serta kuahnya untuk bisnes dan makan sendiri.Boleh layari website ini dan klik link ini >>> www.resepiroticanai.com



Friday, 10 July 2015

RESEPI MEE REBUS MENGGODA JIWA


Bahan-bahannya untuk 2 orang makan:
1 paket mee kuning – perlu celur dengan air panas

Bahan sayuran:
  • Sedikit Taugeh - celur
  • Sedikit daun sup - hiris nipis
  • Sedikit daun bawang - hiris nipis
  • Bawang goreng dalam paket
  • 3 keping tahu di goreng dan dihiris nipis.
  • 4 biji cili hijau - dihiris nipis
  • Limau nipis/limau kasturi - di belah dua
  • Telur rebus - belah dua

Bahan-bahan kuahnya:
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • 4 sudu cili kering yang telah di kisar
  • 2 biji bawang merah - kisar
  • 2 sudu lengkuas yang di kisar
  • 3 batang serai dikisar halus
  • 3 biji bawang putih - kisar
  • Udang kering - kisar - lagi banyak lagi best.
  • 400gm udang hidup - direbus dan kisar halus
  • 1 kg ubi keledek merah - direbus dan blender halus
  • 3 sudu gula atau secukup rasa
  • garam secukup rasa
  • 3 sudu sos tomato
  • Air sedikit.

Cara penyediaan dan memasak:
  • Pemulaannya anda perlu tumiskan bawang merah, lengkuas, serai, bawang putih, cili kering dan udang kering yang telah di kisar hingga naik minyak dan berbau semerbak wangi.
  • Kemudian masukkan udang hidup yang dikisar dan masukkan air rebusannya sekali.
  • Masukkan keledek yang telah dikisar dan tambahkan air secukupnya.
  • Seterusnya bubuh garam, gula, dan sos tomato.
  • Biarkan mendidih dan siap untuk di hidang dan dimakan.

** Jika anda ingin pelajari resepi yang menjadi & cara-cara untuk penyediaan Aneka Kek Kukus yang sedap boleh layari website ini dan klik link ini >>> www.buatkekkukus.com


Monday, 6 July 2015

RESEPI MEE HAILAM UNTUK PERTAMA KALINYA


Bahan-bahan untuk makan (6 hingga 8 orang):
  • 1 kg mee - Boleh ikut citarasa anda yang lain seperti kueh teow dan mee hoon
  • 6 biji bawang putih (di kisar lumat)
  • 1 biji bawang merah (di kisar lumat)
  • Untuk perencah boleh guna ayam, sotong dan udang – di potong kecil
  • Fishcake - dihiris
  • Sos tiram/ kicap
  • Gula dan garam secukup rasa
  • 7 biji cili api – ikut citarasa anda
  • 2-3 sudu besar tepung jagung (cairkan dalam setengah cawan air sejuk)
  • Sayur (carrot,sawi)

Cara penyediaan dan memasak:
  • Permulaanya anda perlu tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili api.
  • Apabila sudah garing letakkan rencah ayam,sotong dan udang,
  • Kemudian letak air 3 cawan dan garam dan gula secukup rasa.
  • Masukkan sos tiram setengah botol kecil dan kicap secukup rasa.
  • Kemudian masukkan air tepung jagung untuk pekatkan kuah.
  • Masukkan sayur-sayuran dan mee. Gaul hingga semuanya sekata.
  • Kemudian boleh dihidangkan.

** Jika anda ingin pelajari resepi yang menjadi & cara-cara untuk penyediaan Muffin yang amat mudah dan disukai oleh family dan anak-anak, anda boleh layari website ini dan klik link ini>>> www.buatmuffin.com




Friday, 3 July 2015

RESEPI AYAM PANGGANG BERMADU YANG MENGGODA JIWA


Bahan-bahan:
  • 1 kg dada/kepak ayam @ mana-mana bahagian yang anda suka
  • 1 senduk besar minyak bijan
  • 2 senduk besar madu lebah (ikut kesesuaian citarasa anda)
  • Sedikit serbuk lada sulah dan lada hitam (ikut kesesuaian citarasa anda, jika anda suka pedas, bolehlah tambahlah lagi)
  • Sedikit garam secukup rasa

 Cara memasaknya:

Gaulkan ayam dengan kesemua bahan-bahan diatas iaitu madu, minyak bijan, serbuk lada sulah, lada hitam dan garam hingga rata dan sebati .

Perapkan semalaman atau lebih dan selepas tu.

Setelah itu boleh lah dipanggang ayam tu tersebut mengikut suhu pembakaran yang sesuai

Pasti anda menjilat jari apabila anda memakan ayam panggang bermadu ini.

** Jika anda ingin pelajari resepi yang menjadi & cara-cara untuk penyediaan serta pemasaran bisnes Nasi Arab Ayam boleh layari website ini dan klik link ini>>> www.masaknasiarab.com


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...