Bahan-Bahannya: Perlu disediakan lebih awal
- Penyediaan Sirap - Permulaannya anda perlu didihkan 2 cawan gula dalam 3 cawan air. Kemudian anda masukkan 1 helai daun pandan dan masak sehingga larut gulanya.
- 2-3 ketul biji katira – anda perlu merendam biji kathira semalaman, dan perlu buangkan kekotoran serta ditapis. Dibilas dengan air masak, ditapis lagi.
- 10 butir kembang semangkuk – Perlu direndam semalaman dan buangkan biji serta kulitnya. Kemudian anda perlu menapis, bilas dengan air masak dan ditapis lagi.
- 1 sudu besar biji selasih – Perlu direndam dengan air masak sehingga ianya mengembang, kemudian ditapis lagi.
- Cincau
- Kismis
- 1 cawan sirap (air gula)
- 6 cawan air
- 1 sudu teh air mawar
- 1 tin susu sejat @ susu cair
Cara-Cara Membuatnya:
Sediakan sebuah bekas yang besar atau mangkuk. Masukkan bahan-bahan
seperti kembang semangkuk, katira,cincau, kismis dan biji selasih. Seterusnya anda
tuangkan sirap (air gula), air susu cair dan juga air mawar.campuran bahan-bahan
tadi dikacau rata.
Akhir sekali boleh masukkan ketulan air batu dan bolehlah dihidangkan didalam gelas.. Semestinya ada akan teruja akan kesedapan air katira ini.
** Sekiranya anda berminat untuk buat bisnes air dan pelajari
teknik untuk buat 14 jenis air balang dengan mendapat keuntungan dalam RM 500
sehari, anda boleh baca artikel ini dan klik website ini >>>
www.bisnesair.com
No comments:
Post a Comment