Friday, 13 November 2015

RESEPI BROWNIES WALNUT MEMANG MARVELOUS



Teringin nak makan kek coklat tetapi wife saya cadangkan untuk makan brownies..Perhhhh memang sedap oooo..Boleh cuba resepi di bawah..Makan brownies sambil hirup secangkir kopi memang marvelosss time hujan-hujan gini..

Bahan-bahannya 
  • 250 gram mentega / butter cup
  • 1 1/2 cawan gula kastor
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil baking powder double action
  • 4 biji telur gred A
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 370 gram coklat masakan
  • 100 gram walnut

Cara Penyediaannya
  • Permulaannya anda perlu cairkan coklat secara double boiler
  • Kemudian anda perlu masukkan mentega dan kacau hingga mentega cair.
  • Selepas itu anda masukkan gula dan kacau hingga gula tersebut cair dan larut.
  • Kemudian anda masukkan telur dan walnut serta seterusnya masukkan tepung.
  • Semua bahan-bahan tersebut dimasukkan ke dalam loyang. Anda boleh guna loyang 10x10 
  • Sedia untuk di bakar. Suhu 180 darjah celcius selama 30-40 minit. 

** Jika anda ingin pelajari resepi yang menjadi & cara-cara untuk penyediaan Muffin yang amat mudah dan disukai oleh family dan anak-anak, anda boleh layari website ini dan klik link ini>>> www.buatmuffin.com


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...