Monday 16 November 2015

RESEPI PUDING AISKRIM SEDUT YANG SEMEMANGNYA WOW



Cuaca panas begini memang sedap kalau dapat minum kopi ais atau sirap limau..Ntah macamane wife aku suggest untuk buat puding aiskrim sedut untuk diminum sejuk-sejuk..Aku pun apa lagi angguk je tanda setuju sebab memang suka aiskrim-aiskrim ni..Nah ni resepinya untuk buat puding aiskrim sedut.

Bahan-bahannya
  • 1 1/2 sudu kecil serbuk agar-agar
  • 1 cawan gula halus
  • 1 cawan susu tepung dutch lady @ boleh guna brand yang lain pun tidak mengapa
  • 1 liter air
  • 1 cawan susu cair/ susu kotak apa-apa jenama pun tidak apa (ambil yang size -250ml)
  • pewarna
  • Pewarna/Perisa dan serbuk ice blended

Cara penyediaannya
  • Permulaannya anda perlu bancuh semua bahan di atas dan masak hingga mendidih.
  • Kemudian anda perlu bahagikan kepada beberapa warna yang anda sukai.
  • Letak perasa yang anda sukai. Boleh guna serbuk ice blended yang dibancuh dengan 1 sudu air.
  • Selepas itu tuang ke dalam botol untuk layer pertama dan biarkan beku.
  • Anda boleh masukkan kedalam freeze dengan anggaran 3 minit. Atau boleh letak dalam bekas berisi ais.
  • Akhir sekali habiskan semua layer dan seterusnya Bolehlah disimpan ke dalam peti sejuk untuk sejukkan puding tersebut.
  • Setelah 2 jam boleh di sedut..hehe

** Sekiranya anda berminat untuk buat bisnes air dan pelajari teknik untuk buat 14 jenis air balang dengan mendapat keuntungan dalam RM 500 sehari, anda boleh baca artikel ini dan klik website ini >>> www.bisnesair.com



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...