Friday, 4 December 2015

RESEPI PULUT SERI MUKA YANG BERSERI-SERI SUNGGUH



Hari ni aku rase macam teringin je pagi ni nak makan kuih seri muka..Tapi wife aku dia cakap tak berapa pandai nak buat.. Beliau usahakan jugak buat kuih tersebut..Ini resepinya yang dikongsikan oleh Puan AIN YUSUF

Bahagian Pulut:
  • 400 gm beras pulut
  • 500 ml santan pekat
  • 150 ml air
  • 1 sudu kecil garam (secukup rasa)
  • 1 helai daun pandan (untuk bagi wangi pulut)

Penyediaan:
  • Permulaannya anda perlu basuh beras dengan bersih dan rendam pulut 2-3 jam
  • panaskan bekas pengukus terlebih dahulu.
  • Kemudian anda masukkan pulut, santan, air, garam, daun pandan ke dalam periuk lain dan masak dengan api sederhana/ kecil sehingga santan nampak sedikit likat.
  • Seterusnya masukkan pulut tersebut ke dalam loyang kemudian letak dalam pengukus dan masak sehingga lembut
  • Setelah masak, tekan pulut utk jadikan ia padat.

Bahagian Kastad:
  • 250 ml santan pekat
  • 200 gm gula pasir 
  • 30 gm tepung kastad
  • 5 biji telur
  • 180 ml air + 12 helai daun pandan (perlu dikisar dan ditapis untuk dapatkan air pandan)
  • sedikit pewarna hijau
Penyediaan:
  • Anda perlu pukul telur dan gula sehingga hancur
  • Kemudian masukkan santan , air pandan, sedikit pewarna hijau untuk nampak lagi menarik. Sambung blend
  • Seterusnya masukkan tepung sambil menapis dan blend sekali lagi untuk sebatikan adunan
  • Panaskan periuk pengukus
  • Masukkan adunan sambil menapis ke dalam kuali dan kacau sekejap sehingga adunan kelihatan pekat dan buih berkurangan. Jangan kacau lama sgt dan penting untuk sentiasa kacau dengan api kecil/ sederhana. Sebab kalau guna api kuat sangat akan menyebabkan adunan akan berketul-ketul.
  • Akhir sekali tuang adunan ke atas pulut dan kukus sehingga permukaan masak. Ambil masa lebih kurang setengah jam.

Anda boleh menggunakan loyang 10x10 dan alaskan dengan plastik supaya senang potong. Pastikan kuih ini betul-betul sejuk baru boleh potong supaya ia nampak kuih cantik setelah dipotong. Nak cantik potongan kuih anda boleh masukkan ke dalam peti ais semalaman sebelum dipotong.


** Jika anda ingin pelajari resepi yang menjadi & cara-cara untuk penyediaan Muffin yang amat mudah dan disukai oleh family dan anak-anak, anda boleh layari website ini dan klik link ini>>> www.buatmuffin.com



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...