Korang mesti suka makan buah kan. Aku syorkan korang makan buah
naga ataupun dragon fruit. Banyak khasiat yang korang dapat jika korang selalu
makan buah naga ini. Selain ianya banyak serat untuk melawaskan bagi yang ada
penyakit sembelit, ianya juga buah yang dapat memberi tenaga serta meningkatkan
sistem imunisasi badan bagi melawat penyakit.
Sesuai dimakan begitu sahaja atau yang paling best adalah
korang buat jus buah naga. Pasti banyak manafaat jika anda amalkan memakan buah naga ini
Mari saya sharekan khasiat dan manafaat buat naga untuk korang
boleh amalkan sebagai makanan untuk diet harian.
Sumber Vitamin C
Buah naga kaya dengan vitamin C yang dapat meningkatkan
sistem imunisasi badan. Buah naga yang dikeringkan terbukti mengandung 10 kali
lebih banyak vitamin C yang diperlukan badan.
Sumber Vitamin B1
Vitamin lain dalam buah naga adalah Vitamin B1 atau tiamin.
Fungsinya untuk memproses karbohidrat dengan pantas dan menghasilkan tenaga
untuk badan.
Sumber Vitamin B3
Buah naga mampu menurunkan kolesterol kerana kandungan
vitamin B3 atau niasin di dalamnya. Vitamin ini juga mampu membuat kulit halus
dan bercahaya secara semulajadi dari dalam.
Sumber Vitamin B12
Kandungan vitamin B12 membuat buah ini menjadi perangsang
nafsu makan yang baik. Terutama bagi orang-orang yang sedang dalam masa
penyembuhan, buah naga sangat dianjurkan untuk dikonsumsi.
Kaya Serat
Buah naga mengandung serat yang cukup tinggi, sehingga
berkhasiat untuk mengatasi beberapa masalah pencernaan seperti sembelit atau
susah buang air besar.
Kaya Mineral
Mineral yang terkandung dalam buah naga adalah fosfor dan kalsium.
Keduanya memiliki peranan dalam pembentukan tulang, gigi, dan perkembangan sel.
Kandungan Antioksida
Buah naga merupakan sumber antioksidan yang baik untuk
mencegah dari serangan radikal bebas yang menyebabkan kanser dan masalah
kesihatan yang lain.
Kandungan Protein
Protein merupakan nutrisi penting yang diperlukan oleh badan
untuk membentuk hormon, enzim, dan sebatian lain. Jagalah kadar protein dalam
tubuh dengan amalan makan buah secara teratur.
Rendah lemak
Biji-biji kecil dalam buah naga merupakan lemak tak tepu
yang baik untuk kesihatan sebab menambah kolesterol baik dan menghilangkan
kolesterol jahat.
Mengawal gula dalam darah
Bagi pengidap kencing manis, amalkan buah naga untuk
mengawal gula dalam darah agar tetap seimbang.
Menurunkan tekanan darah
Amalan makan buah naga mampu mengembalikan tingkat
hipertensi seseorang menjadi normal. Baik bagi yang berisiko terkena serangan
jantung dan stroke.
Meneutralkan toksin
Racun/toksin dalam tubuh seperti merkuri, arsen, dan
lain-lain, membahayakan kesihatan. Namun, semua racun dalam tersebut dapat
dineutralkan dengan amalan makan buah naga.
Baik untuk kesihatan mata
Mengandung karotin yang membantu menjaga kesihatan mata dan
memperbaiki penglihatan.
Menurunkan berat badan
Makan buah naga sebagai makanan ringan hari-hari. Dengan
amalan beberapa bulan, anda akan melihat badan anda terlihat ramping dan ideal.
Mengubati asma
Batuk dan asma, beberapa gangguan pernafasan yang sering
menyerang anak-anak dan orang dewasa. Kurangkan risikonya dengan amalan memakan buah
naga.
Selamat mengamalkan. InsyaAllah jika anda konsisten makan buah naga ini pasti anda dapat manafaatnya pada tubuh badan anda.
No comments:
Post a Comment