Bahan-Bahan :
- 1 bungkus/paket agar-agar (boleh didapati di pasaraya)
- 1 cawan gula
- 1 kotak santan
- 1 biji telur
- 6 cawan air
- 2 helai daun pandan
- pewarna hijau atau ( boleh guna daun pandan di blender halus dan seterusnya ditapis untuk dapatkan warna hijau )
- sedikit garam @ secubit garam
Cara-cara :
- Permulaannya perlu masak air dengan gula dan daun pandan hingga gula larut.
- Selepas itu masukkan serbuk agar-agar dan kacau lagi sehingga mendidih.
- Apabila sudah mendidih bolehla masukkan pewarna hijau dan sedikit garam dan kacau lagi.
- Satukan santan dan telur, dipukul ringan dan campurkan apabila larutan tadi telah mendidih.
- Masukkan dalam acuan dan biarkan sejuk. Nak sedap masuk dalam peti sejuk.
- Siap untuk dihidang dan sedap kalau dapat makan sejuk-sejuk agar-agar ini.
** Jika ingin buat mengetahui resepi tart yang gebu, sedap dan digemari oleh anak-anak dan rakan-rakan anda, anda boleh layari website ini dengan klik link ini >>> www.buattart.com
No comments:
Post a Comment