Monday 26 October 2015

RESEPI MEE LADA HITAM YANG RASANYA MEMANG TERBAIK


BAHAN-BAHAN: 
  • 500gm mi kuning 
  • 4 biji bawang merah | dicincang 
  • 2 ulas bawang putih 
  • 5 biji cili api 
  • 200gm ayam | dihiris nipis 
  • 8 ekor udang 
  • 20gram lobak merah 
  • 20gram kubis 
  • 20gram sawi 
  • 1 ½ sudu makan sos lada hitam 
  • 1 ½ sudu makan lada hitam 
  • 2 sudu makan ikan bilis | ditumbuk 
  • 100ml air 
  • 60ml cawan kicap manis 
  • Minyak masak untuk menumis secukupnya

CARA PENYEDIAAN : 
  • Permulaannya anda perlu panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga wangi. 
  • Kemudian masukkan cili api, ikan bilis, ayam dan udang. Kacau rata. 
  • Masukkan lada hitam, sos lada hitam dan kicap manis. Kacau sebati. 
  • Selepas itu masukkan air dan masak sehingga mendidih. 
  • Masukkan mi kuning dan sayur-sayuran. 
  • Letakkan garam secukup rasa. Gaul rata dan angkat. 
  • Sedia untuk dihidang dan dinikmat

** Jika anda ingin pelajari resepi yang menjadi & cara-cara untuk penyediaan Putu Piring atau Putu Bambu boleh layari website ini dan klik link ini >>> www.rahsiaputu.com



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...