Friday 2 October 2015

RESEPI PARU LEMBU SAMBAL BERLADO PALING AWESOME


Bahan-bahan:
  • 1/2 kilo Paru atau Kelempung (perlu direbus & dipotong mengikut saiz sederhana nipis)
  • 4 ulas bawang kecil (dihiris halus)
  • 5 ulas bawang putih (dihiris halus)
  • 2 biji bawang besar (1 biji untuk kisar & 1 biji dipotong bulat)
  • 5 sudu besar cili boh / cili kisar 
  • 4 sudu besar air asam jawa
  • 1 inci belacan
  • Garam & gula secukup rasa
  • Sedikit kunyit

Cara-cara penyediaannya:

  • Permulaannya anda perlu gaulkan sedikit garam dan kunyit pada paru yang telah direbus dan dipotong nipis.
  • Kemudiaanya panaskan minyak dan goreng paru separa masak. Angkat dan ketepikan.
  • Seterusnya anda perlu kisarkan cili boh bersama bawang besar dan belacan hingga halus. 
  • Panaskan kuali & minyak dengan api sederhana. Tumiskan bawang putih & bawang merah hingga naik bau. Kemudiannya masukkan bahan yang dikisar tadi bersama garam & gula. Tumis hingga cili garing.
  • Selepas itu masukkan air asam jawa. Jika rasa kurang menyegat, anda boleh tambahkan garam dan gula secukup rasa.
  • Akhir sekali masukkan paru & bawang besar potong bulat. Kacau hingga sebati semuanya.
  • Setelah masak dan sebati padamkan api dan hidangkan bersama nasi panas..Memang marvelous

** Sekiranya anda berminat untuk buat bisnes air dan pelajari teknik untuk buat 14 jenis air balang dengan mendapat keuntungan dalam RM 500 sehari anda boleh baca artikel ini dan klik website ini www.bisnesair.com



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...