Monday, 29 January 2018

RESEPI BEGEDEL MANTOP PUNYA


Terasa lapar pulak malam ni lepas sampai di rumah disebabkan buat kerja lebih masa di ofis !! Tekak ni terasa nak suruh wife buat begedel yang mantop lagi sedap . Begedel ni boleh dimakan begitu sahaja atau dengan mee sup dan sebagainya..Meh saya sertakan resepi begedel kentang cara wife saya. Selamat mencuba !!! Bagi saya sedap tapi tak tahu la tekak anda semua..hehe 


Bahan-bahannya: Jumlah hidangan dapat 25 - 28 biji begedel 
  • 1 kg ubi kentang, kupas kulit dan potong setebal 1/2 inci
  • 1 biji cili merah diracik/cincang halus
  • 1 biji cili hijau diracik/cincang halus
  • 1 biji bawang merah dikisar
  • Daun sup secukupnya
  • 1 sudu besar serbuk lada putih
  • Garam secukup rasa
  • 2 biji telur
  • Minyak masak untuk menggoreng

Cara-cara membuatnya:
  • Permulaannya anda perlu panas kan minyak dan goreng kentang sehingga kekuningan. 
  • Selepas itu angkat kentang berkenaan dan lecekkan kentang tersebut. 
  • Seterusnya masukkan bawang yang telah dikisar, daun sup, serbuk lada putih, cili merah, dan cili hijau serta sedikit garam. 
  • Gaul sehingga semuanya sebati.
  • Selepas semuanya sebati anda ambil sedikit adunan dan buat bulat. 
  • Kemudian leperkan sedikit dan susun ke atas dulang. 
  • Panas kan minyak dan pecahkan telur guna garfu. 
  • Celup begedel dalam telur dan goreng hingga kekuningan.
  • Siap dihidangkan. 

*** Dapatkan segera melalui website ini jika anda ingin buat duit dalam bisnes air balang ini. Jom layari website ini >>> WOW DAHSYAT BISNES AIR UNTUNG RM 500 SEHARI

*** Selain bisnes air, anda boleh selitkan juga Bisnes Taufufah. Ni pun bisnes boleh wat untung dalam RM 400 sehari jugak tau. Kalau anda nak tahu resepi buat taufufah boleh layari website ini >>> RESEPI TAUFUFAH MELETOP




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...