Friday, 5 January 2018

RESEPI KEK LUMUT MEMIKAT JIWA RASA




Bahan-bahan : loyang 8" x 8"
  • 10 biji telur gred A
  • 450g mentega berkualiti tinggi (Golden Churn, Anchor)
  • 3/4 cawan gula kastor
  • 2 sudu kecil esen vanilla
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 2 cawan nestum (dikisar halus)
  • 1 cawan serbuk almond
  • 1 cawan serbuk horlicks
  • 1 cawan tepung gandum (diayak)
  • 1 botol besar (60 ml) pes pandan cap Kopoe-Kopoe (pewarna dan perisa pandan yang lain pun boleh)

Cara-cara membuatnya :
  • Permulaannya sediakan pengukus. Didihkan air. Griskan loyang dengan mentega dan taburkan dengan sedikit  tepung (alaskan loyang dengan kertas minyak jika suka)
  • selepas itu pukul mentega bersama gula halus dan esen vanilla hingga kembang dan berkrim. Gunakan kelajuan maksima.
  • Seterusnya masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati (guna speed perlahan). Kemudian, masukkan lagi sebiji telur dan pukul lagi. Ulangi proses ini sehingga habis.
  • Masukkan susu pekat dan pes pandan. Putar sebati.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselangselikan dengan horlicks, serbuk almond dan nestum . Kacau sebati.
  • Tuangkan adunan ke dalam loyang dan tutupkan dengan kertas foil yang sudah disapukan sedikit butter (supaya permukaan kek tak melekat pada kertas foil).
  • Kukuskan selama 4 jam. (tambah air panas jika hampir kering)
  • Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.


p/s : Memang terangkat bila makan waktu tengah lapar. Dan jika anda berminat untuk buat mengetahui rahsia resepi dalam membuat roti bun, pau dan pizza yang lembut lagi gebu gebas, anda boleh kunjungi website ini >>> www.rahsiabun.com


** Anda berminat buat bisnes air !!! Jom pelajari teknik-teknik bisnes air balang. Memang meletopss. Modal sikit tapi untung 1 hari boleh dapat RM 500. Semua panduan penting ini akan diajar secara step by step dari perkara yang paling asas sehinggalah anda mahir..Jadi apa tunggu lagi..Semua penerangan mengenainya ada di website ini >>> www.bisnesair.com



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...