Monday, 8 January 2018

TERBONGKAR RESEPI COLESLAW ALA-ALA KFC YANG SEDAP




Benda yang aku paling suka adalah Coleslaw ala KFC...Makan macam tu memang sedap..Kalau takde ayam KFC pun takpe..Boleh je makan dengan roti gardenia..Macam biasalah kalau dah lapar ni minta wife buatkan..Meh aku share kan resepinya untuk buat Coleslaw ala KFC..

Jika korang yang nak buat roti sendiri dengan mudah, cepat boleh la klik pada website ini >>> www.rahsiabun.com


Bahan-Bahan:
  • 1/4 bahagian sayur kubis, dihiris atau cincang kasar
  • 6 sudu besar mayonis
  • 1  sudu besar jus lemon
  • 1 batang lobak merah, parut kasar
  • 1 cawan susu
  • 1 sudu besar gula putih
  • sedikit garam
  • sedikit serbuk lada hitam (sikit aje)

Cara Penyediaan:
  • Permulaan ambil mangkuk dan campurkan jus lemon, mayonis, garam, gula dan susu. Kacau sehingga sebati.
  • Kemudian masukkan kubis yang dicincang kasar dan juga parutan karot. Taburkan sedikit serbuk lada hitam dan gaulkan sehingga semua bahan sekata. Jika coleslaw masih kering tambahkan sedikit mayonis. Tetapi jangan terlalu banyak kerana nanti coleslaw bila direhatkan akan mengeluarkan sedikit air dari sayuran.
  • Sejukkan di dalam peti ais sebelum menghidang

p/s : Memang terangkat bila makan waktu tengah lapar. Dan jika anda berminat untuk buat mengetahui rahsia resepi dalam membuat roti bun, pau dan pizza yang lembut lagi gebu gebas, anda boleh kunjungi website ini >>> www.rahsiabun.com



** Anda berminat buat bisnes air !!! Jom pelajari teknik-teknik bisnes air balang. Memang meletopss. Modal sikit tapi untung 1 hari boleh dapat RM 500. Semua panduan penting ini akan diajar secara step by step dari perkara yang paling asas sehinggalah anda mahir..Jadi apa tunggu lagi..Semua penerangan mengenainya ada di website ini >>> www.bisnesair.com 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...