Wednesday, 19 September 2012

IBADAH QURBAN & AQIQAH ONLINE - eQURBAN

TEMPAHAN ONLINE UNTUK IBADAH QURBAN DAN AQIQAH



Assalamualaikum kepada korang sumer…hari ni aku nak citer pasal qurban online @ equrban..Hukum ibadah korban adalah sunat muakkad iaitu sunat yang sangat dituntut bagi yang berkemampuan dan wajib bagi yang bernazar.. Mari kita lihat definisi QURBAN

DEFINISI QURBAN :
maksud ibadah QURBAN ialah apa yang disembelih daripada unta, lembu, kambing atau kibas semata-mata menghampirkan diri kepada Allah pada hari raya Aidil Adha. Asal disyarakkan untuk ibadat korban ini melalui firman Allah dalam ayat 1-2 surah al-Kauthar yang bermaksud :

”Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu dirikanlah solat kerana Tuhanmu ( pada Hari Raya Haji) dan sembelihlah (binatang) korbanmu (sebagai ibadah dan mensyukuri nikmat Tuhanmu).” Surah al Kauthar

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim yang bermaksud bahawa Nabi S.A.W telah mengorbankan dua kibas yang mempunyai tanduk yang besar. Baginda menyembelih keduanya dengan tangan baginda sendiri. Baginda menyebut nama(Allah) dan bertakbir. Baginda meletakkan kedua lutut baginda di atas bahagian (berhampiran) tengkok keduanya..

HIKMAT DARIPADA PENSYARIATAN IBADAH QURBAN

1.Ibadat korban sama sebagaimana ibadat yang lain adalah untuk menghampirkan diri kepada Allah.

2. Menghidup dan mengingatkan semula pengorbanan yang dilakukan oleh nabi Ibrahim dan anaknya nabi Ismail.

3. Menghidupkan suasana bantu-membantu antara yang kaya dan miskin dengan ketibaan hari raya dengan sedikit bantuan daripada daginmg-daging korban yang disedekah.

4. Mengeratkan lagi ukhwah Islamiah yang terbina dan menyiramkan ruh bermasyarakat




HUKUM IBADAH QURBAN

Hukumnya adalah sunat muakkad(digalakkan) tetapi ia akan menjadi wajib dengan 2 sebab iaitu :

Pertama : Dia mengisyaratkan kepada binatang yang berada di bawah peliharaannya yang baik untuk dikorbankan maka dia berkata : "Ini adalah binatang korbanku" atau "Aku akan berkorban dengan kambing ini" sebagai misalnya. Jika dia berkata sebagaimana tersebut maka dia diwajibkan berkorban.


Kedua : Dia mewajibkan dirinya untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan korbannya seperti katanya : "Untuk Allah atasku untuk berkorban". Maka dengan ini maka dia diwajibkan berkorban yang mana ia menjadi hukum sebagaimana orang bernazar.

Kalau kita tengok banyak ibadah korban dan aqiqah telah dibuat di Malaysia ni sejak dulu lagi. Sering kita lihat ibadah korban diadakan masjid-masjid dan surau-surau di mana 2 ekor lembu, 5 ekor lembu, malah juga 10 ekor lembu (atau lebih) telah ditumbangkan bagi melaksanakan ibadah korban ini. Namun, kita kadang-kadang terlupa dan alpa bahawa kemewahan yang melimpah ruah di negara kita ini tidak pernah dirasai oleh umat Islam di sesetengah negara lain contoh paling hampir Kemboja.

Di Malaysia pelbagai jenis makanan dapat kita temui. Apa yang xde kat Negara kita ini..Sebut saja makanan apa yang kita nak, semuanya senang je boleh dapat..Dari menu makanan utara, makanan pantai timur hinggalah makanan sabah & serawak..semua ada..kedai-kedai makanan ada di merata-rata.

Tapi pernahkah kita terfikir keadaan bagaimana pula dengan nasib saudara muslim yang berada di lokasi kampung pedalaman yang daif seperti negara Kemboja yang sebahagian besar umat Islam di sana hanya makan daging setahun sekali..tue pun kalau ada daging...

Dengan itu, pihak  EQURBAN RESOURCES SDN. BHD  telah mewujudkan satu Program Qurban dan Aqiqah di Kemboja dengan kos yang sangat berpatutan. Setiap penyertaan korban akan dilaksanakan di Kemboja. Untuk satu bahagian lembu hanya RM230 sahaja, atau RM1,600 untuk satu ekor lembu. Untuk satu ekor kambing pula hanya berharga RM500. Pesanan atau tempahan boleh dibuat secara online mulai sekarang dan sebelum Hari Raya Aidiladha 2012.

Pihak EQURBAN RESOURCES SDN. BHD  menyeru semua umat Islam di Malaysia termasuk Indonesia, Singapore, Brunei dan negara-negara lain untuk mengeluarkan hanya RM230 (atau 80 USD @ 95 USD) nilai satu bahagian lembu untuk ibadah korban di Kemboja. Insyallah ganjarannya adalah syurga dan limpahan rezeki akan di beri oleh ALLAH SWT yang tidak boleh disamakan dengan nilai wang sebanyak RM230.

Semoga korang sumer dapat laksanakan ibadah korban ini dengan seikhlas hati untuk dapatkan keredhaan ALLAH SWT. Insyallah, ALLAH SWT akan tunjukkan kita jalan untuk selesaikan masalah yang ada.

BUAT PESANAN QURBAN DAN AQIQAH DI KEMBOJA SECARA ONLINE
  • Layari laman web klik sini : eQURBAN.com @ klik banner yang ada di atas ..
  • Klik pada menu “TEMPAHAN”
  • Pilih jumlah bahagian korban yang ingin dilaksanakan
  • Buat bayaran di kaunter bank atau secara online ke nombor akaun bank yang telah dinyatakan dalam laman web
  • Setelah bayaran dibuat, kembali ke menu “TEMPAHAN” di laman web dan klik “BORANG BUKTI PEMBAYARAN”
  • Dalam borang bukti pembayaran, sila masukkan NAMA, EMAIL, NO. TELEFON, BUKTI BAYARAN dan NAMA PESERTA QURBAN

JIKA BERMINAT UNTUK IBADAH QURBAN & AQIQAH DI KEMBOJA BOLEH HUBUNGI :

EQURBAN RESOURCES SDN. BHD. (951131-U)
87A, Jalan 8/1, Seksyen 8
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan.
OFFICE : 03-8926 3575 / 03-8926 3593
H/P : 014-3283504 (Yusdi)
H/P : 019-762 3960 (Farizal)


3 comments:

  1. salam tuan admin. ada lagi ke untuk pakej aqiqah. harap ada lagi..

    ReplyDelete
  2. Wslm puan. insyallah ada lagi. boleh layari website diatas untuk keterangan lanjut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq admin atas info

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...