Friday 9 February 2018

RESEPI SAMBAL TEMPOYAK BILIS PETAI BERAPI MULUT


Anda penggemar petai..Siapa yang tidak suka petai tu tak tahu la nak cakap macamane..Rugi nikmat dunia..hehe..Kalau anda suka makan petai, wife saya cakap kalau letak tempoyak lagi berselera ,tambahan pula kalau makan dengan nasi panas dan telur asin..heheh..Saya dok terliur nak makan tempoyak dan wife saya cadangan resepi berikut..Meh saya kongsikan resepi simple aja


Bahan-bahannya

  • 6 papan petai
  • 3 genggam ikan bilis
  • 3 biji bawang besar*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 4@5 sudu besar tempoyak ( isi durian yang diperam)
  • 3 biji cili merah*
  • 25 biji cili api*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • 1 batang serai diketuk
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara membuatnya

  • Permulaannya petai belah dua dan seterusnya dibasuh serta ditoskan
  • Seterusnya blend semua bahan yang bertanda *
  • Selepas tu panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga garing, sudah garing anda ketepikan ikan bilis tersebut.
  • Dengan lebihan minyak setelah ikan bilis digoreng tadi, anda masukkan bahan yang sudah diblend tadi bersama dengan petai, tumis hingga naik bau.
  • Masukkan tempoyak, kacau seketika dan masukkan ikan bilis dan serai
  • Masukkan garam dan gula secukupnya
  • Masukkan sedikit air, kacau dan masak hingga semuanya agar menjadi mesra dan pekat
  • Setelah masak bolehlah dihidangkan 


*** Dapatkan segera melalui website ini jika anda ingin buat duit dalam bisnes air balang ini. Jom layari website ini >>> WOW DAHSYAT BISNES AIR UNTUNG RM 500 SEHARI

*** Selain bisnes air, anda boleh selitkan juga Bisnes Taufufah. Ni pun bisnes boleh wat untung jugak tau. Kalau anda nak tahu resepi buat taufufah boleh layari website ini >>> RESEPI TAUFUFAH MELETOP



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...