Monday 19 February 2018

RESEPI SOTONG BAKAR BERSAMBAL SUNGGUH ASYIKNYA


Sotong memang favorite saya..Kalau dapat makan memang tak toleh belakang kiri dan kanan dah..Hehe..dapat pulak kalau makan sotong sumbat..Perhhhhhh dia punya kenyal bila gigit..terbaikkk tu bila masuk dalam mulut..Kali ni request kepada wife untuk buat sotong bakar bersambal..Meleleh air liur bila dapat makan..hahaha..Jom cuba resepi dibawah ini..

Bahan-bahannya
  • Sotong (saiz besar kalau dapat dengan telurnya sekali)
  • 15 tangkai lada kering - perlu dikisar
  • 5 biji cili merah
  • 5 ulas bawang kecil
  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 biji buah keras
  • 1 batang serai
  • 2 sudu besar sos tiram
  • air asam jawa -secukupnya
  • garam dan gula
  • Sedikit minyak masak

Cara-cara memasaknya
  • Permulaannya sotong perlu dibersihkan dan dikelar (tidak putus)
  • Kemudian untuk membuat sambal, anda kisar semua bahan (lada kering,cili merah, semua bawang, buah keras dan serai)
  • Selepas itu anda masukkan sos tiram dan air asam jawa.
  • Kemudian masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa dan akhir sekali masukkan sedikit minyak masak..Adun semuanya hingga sebati untuk dijadikan sambal 
  • Ratakan sambal ke atas pemanggang letakkan sotong dan tutup permukaan sotong dengan lebihan sambal.
  • Masaklah lebih kurang 5-7 minit, untuk keringkan air saya buka tutup pemanggang dan teruskan memanggang (balik-balikkan sotong) sehingga masak. Jangan terlalu lama kerana sotong akan menjadi liat.
  • Selamat mencuba 


p/s : Memang terangkat bila makan waktu tengah lapar. Dan jika anda berminat untuk buat mengetahui rahsia resepi dalam membuat roti bun, pau dan pizza yang lembut lagi gebu gebas, anda boleh kunjungi website ini >>> www.rahsiabun.com


** Anda berminat buat bisnes air !!! Jom pelajari teknik-teknik bisnes air balang. Memang meletopss. Modal sikit tapi untung 1 hari boleh dapat RM 500. Semua panduan penting ini akan diajar secara step by step dari perkara yang paling asas sehinggalah anda mahir..Jadi apa tunggu lagi..Semua penerangan mengenainya ada di website ini >>> www.bisnesair.com



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...