Saturday 15 October 2011

SIJIL HALAL ANTARABANGSA DAN MALAYSIA - PRODUK MONAVIE

Assalammualaikum wbt kepada semua pembaca, pembeli dan pengguna


Oleh kerana penampilan rekabentuk botolnya nampak seperti wine, memang nampak meragukan bagi kita yang beragama islam dan  ia telah diperkatakan dengan meluasnya sejak dilancarkan. MonaVie adalah 100% daripada buah-buahan tanpa tambahan gula, juga tidak mengandungi alkohol. Oleh itu MonaVie telah diklasifikasikan sebagai Vegetarian.

SIJIL HALAL ANTARABANGSA

Untuk makluman anda semua, Sijil Produk Halal IFANCA untuk produk MonaVie dengan nombor rujukan MON.M.10003.US bertarikh 30 Julai 2010 telah pun berakhir pada 30 Jun 2011 yang lalu. Sehubungan dengan itu, pihak MonaVie LLC telah pun memperolehi Sijil Halal yang baru daripada IFANCA dengan nombor rujukan MON.M.110004.US bertarikh 24 Mei 2011 yang sah sehingga tarikh 30 Jun 2012. Oleh yang demikian, semua produk MonaVie ini telah disahkan HALAL oleh The Islamic Food and Nutrition Council of America..GUNAKAN TANPA WAS-WAS.. (Sila rujuk gambar di bawah.)

                       Sijil Halal Antarabangsa IFANCA.ORG

SIJIL HALAL MALAYSIA

Sebagaimana pengiktirafan Sijil Halal IFANCA, pengiktirafan Halal JAKIM untuk produk MonaVie melalui surat dengan nombor rujukan JAKIM/(22.00)/492/6(48) bertarikh 1 September 2010 telah berakhir pada 30 Jun 2011 yang lalu. Pihak MonaVie Malaysia Sdn. Bhd. telah pun memperolehi surat pengiktirafan status SAH Halal JAKIM melalui surat dengan nombor rujukan JAKIM/(S)/(22.00)/535/19/6(   ) bertarikh 14 Julai 2011 yang menyatakan pengiktirafan Halal untuk Sijil Halal IFANCA yang sah digunakan sehingga 30 Jun 2012. (Sila rujuk gambar di bawah.)


                                               Sijil Halal JAKIM


Kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia :-
KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) telah mengesahkan MonaVie sebagai makanan dibawah Food Act 1983 and Food Regulations 1985 semenjak 4 Julai 2007.

Pengiktirafan PPIM :-
PPIM (Persatuan Pengguna Islam Malaysia) telah menerima MonaVie sebagai produk ahli (No pendaftaran ahli : 0307081476) sejak 16 Julai 2008.

"OLEH ITU SEMUA PEMBACA, PEMBELI DAN PENGGUNA TIDAK PERLU BERASA WAS-WAS DAN RISAU KERANA SEMUA PRODUK MONAVIE ADALAH HALAL"

Sumber Rujukan Sijil Halal dari : http://www.monavieinternational.com/

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...