Monday 9 March 2015

PETUA WARISAN CARA MUDAH UNTUK CUCI BUAH PINGGANG


Petua ini sesuai untuk pesakit yang masih ditahap awal dan Insyallah ianya berkesan kalau rajin diamalkan untuk merawat & mencuci buah pinggang kerana terdapat kandungan garam akan terkumpul di dalam badan kita dan ini perlu dikeluarkan. Ianya adalah satu kaedah yang boleh diamalkan untuk mengeluarkan bahan-bahan garam, kotoran serta racun lain dari dalam badan kita.

Caranya adalah dengan amalan meminum air dari rebusan daun parsli/daun ketumbar/daun sup.

Caranya:
    
1. Beli daun parsli/daun ketumbar/daun sup 
    
2. Basuhkan (dicadangkan dengan air mineral) hingga bersih dan potong daun ini kecil-kecil.
    
3. Masukkan daun-daun kecil ini ke dalam periuk dan masukkan air bersih.
    
4. Rebuskan daun-daun ini selama 10 ke 20 minit.
    
5. Setelah mendidih, biarkan air rebusan itu sejuk.
    
6. Bila sudah sejuk, tapiskan untuk asingkan daun-daun dari airnya.
    
7. Tuang dan simpan air rebusan ini di dalam bekas atau botol yang bersih dan simpan di dalam peti ais untuk sejukkannya.

Doa Penawar 
   
8. Kemudian amalkan meminum segelas sehari dari air rebusan ini bersama di amalkan doa penawar di atas ini dan ditiup ke dalam air.
    
9. Jika di amalkan selalu, anda dapati garam, kotoran dan racun-racun lain yang terkumpul di dalam badan, akan keluar melalui pembuangan air kecil.

Anda pasti akan merasai perbezaan diri anda yang anda tidak pernah rasai sebelum ini.

Daun parsli/daun ketumbar/daun sup sememangnya dikenali sebagai rawatan pembersihan terbaik untuk buah pinggang dan ia adalah semula jadi !! 

InsyaAllah anda akan merasai perubahannya dan badan anda menjadi ringan. Kita hanya ikhtiar dan selebihnya kita bertawakal kepada Allah


***Jika anda pengidap Penyakit Gout, Resdung, Sakit Kepala atau Migrain, Boleh cuba ubat ini >>> PENAWAR PENYAKIT MUJARAB




46 comments:

  1. salam admin. tq share petua dan doa

    ReplyDelete
  2. Salam admin. Sharing info kesihatan yang memberi manafaat kepada semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Semoga memberi manafaat kepada kita semua

      Delete
  3. Salam tuan. Terima Kasih sbb sharing Doa dari ayat AlQuran & perlu diamalkan oleh pesakit buah pinggang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm tuan..Ye betul ayat doa dari ayat alquran memang paling mujarab

      Delete
  4. Salam, berapa nisbah air dan daun sup atau banyak mana air untuk merebus daun tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wlsm puan..daun sup secekak dan nisbah air adalah setengah periuk..periuk ikut kesesuaian puan

      Delete
  5. Bro Daun sup dan daun kerumbar adakah daun yang berbeza

    ReplyDelete
    Replies
    1. daun yang berbeza.. tp boleh guna untuk cuci buah pinggang..insyallah..

      Delete
  6. Assalam
    Doa penawar tu dlm surah apa dan ayat ke berapa.. boleh jelaskan sbb nak cari makna dlm bahasa melayu
    Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm tuan..Surah Al-Mukminun (Al-Mu'minun) Ayat 115-118

      Delete
  7. jazakumulahikasiro tuan mohon izin utk amalkannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila kan tuan..semoga memberi manafaat kpd tuan

      Delete
  8. Salam admin.. boleh tak kalau sy rebus daun sup dan daun ketumbar sekali gus?

    ReplyDelete
  9. Bagaimana dgn penghidap sakit buah pinggang tahap pertama dan kedua..adakah daun ini membantunya

    ReplyDelete
    Replies
    1. time kasih tuan atas pertanyaan..tuan ini adalah petua untuk menjaga kesihatan buah pinggang..jika pengidap tahap pertama rasanya baik tuan rujuk kepada doktor..

      Delete
  10. salam admin..sya nak tnya klau owg tu dh dialysis blh amalkan ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm puan.. yang ni petua..tapi tak salah untuk mencuba..insyallah setiap usaha untuk mendapat kesembuhan akan dipermudahkan oleh allah.

      Delete
  11. Salam tn, bilakah waktu sesuai untuk minum air rebusan daun sup? Pagi selepas bgn tidur atau mlm sebelum tidur? Terima kasih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm..ikut kesesuaian tuan..disarankan minum waktu pagi

      Delete
  12. assalammualaikum.. tuan, campurkan semua di atas tu ke? atau salah satu daun je?.terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm..salah satu pun boleh @ semua pun boleh

      Delete
  13. assalammualaikum...sy sakit pinggang..munkin sbb selalu amal kan ubat tahan sakit...petua ni bagus ke utk sy yg selalu amalkan ubat tahan sakit ni?? sy risau bila baca pasal buah pinggang ni...skang pinggang sy rasa lenguh2 sengal2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm..insyallah tuan..kita ikhtiar..hanya Allah yang maha penyembuh segala penyakit..jgn putus harap

      Delete
  14. Adakah petua ni sesuai tuk penghidap batu karang?

    ReplyDelete
  15. Salam klu doc dh suspek batu karang tp xcuci lg bole minum x air nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm..boleh ikhtiar puan..& seterusnya berdoa pada allah

      Delete
  16. Ya memang banyak petua orang tua cakap daun sup bagus cuci badan kita..

    ReplyDelete
  17. Kalau belum ada penyakit buah pinggang tapi untuk mengelak boleh ke guna cara ini?kira sahaja sahaja minum untuk mencegah

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuan boleh minum tiada masalah..sekurang-kurangnya boleh cuci kotoran buah pinggang

      Delete
  18. salam . saya baru suspek buah pinggang . bacaan protien dalam buah pinggang terlalu tinggi . boleh ke kalau saya amalkan petua minum air rebusan daun sup ni ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm..boleh..kita hanya ikhtiar..allah jua beri kesembuhan

      Delete
  19. Assalamualaikum nk tanya la kalau daun sup ni dikisar dengan air dan terus minum boleh kan??

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm..klu boleh tuan ikut panduan diatas..tq

      Delete
  20. HAI CIK NAK TANYA...MASALAH URIK ASID BOLEH AMALKAN PETUA NIE KE..TERIMA KASIH

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi..blh cyba diamalkan..moga dpt kesembuhan

      Delete
  21. Tq Tn...sy pun.ingin cuba sbb kerap kencing dan x lawas...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...