Friday, 22 May 2015

RESEPI BLACK PEPPER CHICKEN CHOP PALING TERANGKAT



Hari ini tekak saya ini rasa nak makan menu western..So apa lagi minta pendapat wife yang disayangi..Lalu beliau mencadangkan menu BLACK PEPPER CHICKEN CHOP..Tertelan air aku ni habak hang..Lalu aku pun setuju cadangan itu dan wife aku pun menyediakan menu western tersebut..Mari aku kongsi kan RESEPI BLACK PEPPER CHICKEN CHOP PALING TERANGKAT ini kepada anda semua..Hehe..Harap anda sudi mencubanya resepi yang tak seberapa ini..

Bahan Penyediaan Ayam - Untuk makan 3-4 orang
  
Bahan (A) Utama
6 keping dada ayam atau mana-mana bahagian yang anda suka

Bahan (B) Untuk Di Kisar
4 ulas bawang putih
3 inci halia
1 biji bawang besar
2 sudu kecil kicap pekat atau kicap manis
4 sudu kecil serbuk lada hitam
1 kiub pati ayam

Bahan (C) Salutan
Sedikit tepung gandum, 1 cawan serbuk roti dan 1 biji telur yang telah dipukul


1. Cara-Cara Penyediaan Ayam
Masukkan semua Bahan (B) ke dalam blender serta masukkan 1 cawan air dan kisar hingga hancur lumat,

Seterusnya anda perlu cucukkan kepingan ayam tadi dengan garpu dan gaul ayam tersebut dengan bahan (B) yang dikisar sehingga sebati.

Perap selama 2  jam di dalam bekas dan simpan dalam peti ais.

Setelah diperap selama 2 jam, ambil ayam tadi dan lumur sedikit dengan tepung gandum, kemudian salut telur dan akhir sekali salut pula dengan serbuk roti, goreng hingga garing.

Memang sedap kalau dapat di makan panas-panas..Hehe


2. Penyediaan Sos Lada Hitam
Yang ni cukup mudah untuk disediakan, anda ambil lebihan bahan perapan ayam tadi dan masukkan dalam frying pan.

Seterusnya campurkan dengan 1 cawan air dan masak hingga mendidih.

Selepas itu masukkan sedikit garam, gula dan lada sulah/lada hitam, dan untuk memekatkannya masukkan bancuhan tepung jagung.

Jika anda ada minyak bijan bolehlah masukkan 2 sudu kecil dan sos lada hitam secukupnya untuk hasilkan sos yang lebih sedap dan wangi.

Setelah semua siap anda bolehlah ambil sos lada hitam tersebut untuk dicurahkan ke atas ayam yang telah siap digoreng tadi.

Itu sahaja resepi ringkas dari wife aku untuk menu western ini..Cukup simple tapi sedap ooo !!!

** Ketahui rahsia bagaimana  memasak nasi arab ayam yang sedap, cepat dan mudah. Sehingga mendapat pujian daripada rakan-rakan, suami tercinta dan keluarga tersayang dengan Panduan Video Lengkap Masak Nasi Arab Ayam Pasti Terangkat >>> www.masaknasiarab.com



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...