Friday, 8 May 2015

RESEPI MUFFIN CARROT PALING MUDAH



Entry kali ni aku nak citer skit tentang muffin carrot. Petang-petang gini terasa lapar la pulak.

Apa lagi macam biasa aku pun bagi la tau wife aku yang terasa nak makan muffin la pulak..Hehe

Wife aku pun tak lengah terus pergi ke dapur untuk tengok bahan-bahan yang sesuai untuk buat muffin.

Alhamdulillah semua bahan-bahan ada..Jom tengok bahan-bahan tersebut..


Bahan-bahan yang diperlukan:-

250-300 gram marjerin
6-7 biji telur
1 3/4 cawan gula castor
3 cawan tepung kek
1/2 cawan tepung gandum
2 batang carrot (kene parut)
1 sudu teh vanila
Pewarna oren sesuai untuk carrot
Paper cup untuk muffin secukupnya

Cara-cara membuatnya:-

(Adunan 1)
Pukul majerin hingga kembang
Masukkan telur satu persatu dan terus pukul

Seterusnya ayak tepung kek & tepung gandum
Masukkan ke dalam adunan (Adunan 1)
Masukkan pewarna oren & vanila
Masukkan carrot yg diparut tadi,dan seterusnya gaul dengan senduk kayu.
Masukkan adunan ke dalam paper cup
Kemudian setelah siap masukkan kedalam oven dan bakar selama 20-25 minit-170 C

Memang terbaik muffin carrot ini sambil minum teh tarik..Perhhhh..Terasa dunia ini ana yang punya..

Selamat mencuba ok..

**Kalau korang nak wat belajar lebih lanjut cara-cara buat aneka jenis muffin yang sedap dan ingin buka bisnes muffin dengan keuntungan RM 2000 sebulan ini, aku syorkan korang lawati website ini >>> www.buatmuffin.com


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...