Monday, 29 June 2015

RESEPI IKAN MASAK BERLADA PASTI MELETOPS


Bahan-bahan:
  • 4 ekor ikan keli @ ikan tenggiri – ikan mengikut citarasa dan kemampuan anda
  • 15 biji cili merah - dikisar halus
  • 3 batang serai - dititik
  • 2 ulas bawang besar - dimayang secara kasar
  • 3 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 1 inci halia - ditumbuk
  • Perahan air limau kasturi
  • Sedikit gula dan garam secukup rasa

Cara penyediaan dan memasak:
  • Permulaannya ikan perlu disiang.
  • Seterusnya lumurkan dengan garam dan kunyit. Goreng dan ketepikan.
  • Dengan menggunakan minyak yang sama tumiskan bawang putih dan halia yang telah ditumbuk tadi.
  • Bila dah berbau harum mewangi, anda masukkan cili merah yang telah dikisar, gula dan garam, kacau dan biar sampai pecah minyak.
  • Masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan gaul hingga sekata dan sebati.
  • Kemudiaan anda boleh masukkan bawang besar yang dimayang kasar, kacau hingga bahan tersebut agak layu.
  • Akhir sekali curahkan air perahan limau kasturi sebelum dihidangkan.  

** Jika anda ingin pelajari resepi yang menjadi & cara-cara untuk penyediaan Putu Piring atau Putu Bambu boleh layari website ini dan klik link ini >>> www.rahsiaputu.com



Friday, 26 June 2015

RESEPI IKAN SIAKAP KUKUS SENTUHAN KALBU


Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan siakap sederhana besar (jenis ikan ikut citarasa & kemampuan anda)
  • 2 sudu besar sos tiram - Optional
  • 3 ulas bawang putih - dimayang  halus
  • 3 ulas bawang besar - dimayang  halus
  • 3 biji cili api - dimayang  halus
  • 2 biji tomato (potong ikut citarasa anda)
  • 3 keping daun limau purut
  • 4 cm halia - dimayang  halus
  • 3 tangkai daun sup dan daun saderi)
  • 1/2 biji limau nipis
  • 1 sudu gula
  • garam secukup rasa

Cara memasaknya:

  • Cuci ikan dan belah dua jangan sampai putus lumur garam dan gula (ikut citarasa anda).
  • Masukkan ikan dalam pinggan,kemudian tabur bahan yang dimayang tadi dan juga tomato serta seterusnya tuang sos tiram tadi.
  • Kukus selama 10 - 15 minit (sehingga masak).
  • Tabur hirisan daun sup tadi dan perah limau di atasnya. 

** Jika anda ingin pelajari resepi yang menjadi & cara-cara untuk penyediaan serta pemasaran bisnes Nasi Arab Ayam boleh layari website ini dan klik link ini >>> www.masaknasiarab.com


Monday, 22 June 2015

RESEPI KERABU SOTONG YANG MEMUKAU


Bahan-Bahan Untuk (4-5 Orang)

700 gram sotong
2 ulas bawang besar – dimayang
1 biji tomato – dipotong dadu
2 biji lada merah
4 tangkai kacang panjang (optional)
4 tangkai daun kesum
4 biji cili padi
3 batang serai
2 kuntum bunga kantan
5 sudu besar sos ikan
7-8 biji limau kasturi – ambil air perahan limau
Garam dan gula secukup rasa.

Cara-Cara Penyediaannya

Potong dan hiris nipis-nipis sotong mengikut citarasa anda.

Setelah itu celur sotong tersebut dengan seketika mengunakan air panas dan kemudian toskan.

Semua bahan-bahan kerabu juga turut dihiris nipis-nipis.

Masukkan sotong yang telah dihiris dan semua bahan lain ke dalam mangkuk. Masukkan air perahan limau, garam dan gula secukup rasa ke dalam mangkuk yang ada bahan-bahan tadi dan digaul hingga sebati.

Siap untuk dihidangkan dan anda pasti terangkat bila memakannya.

** Jika anda ingin membuat Putu Piring dan ingin tahu resepi dan cara penyediaannya yang amat mudah, anda boleh lawati website ini dan klik link ini >>> www.rahsiaputu.com


Friday, 19 June 2015

PETUA SEGERA DAN BERKESAN MENGHALAU ANAI-ANAI


Anda menghadapi masalah anai-anai yang merosakkan rumah, perabot dan segala benda yang berkayu. Mari saya sharekan kepada anda petua menghalau anai-anai dan anda boleh cuba mana-mana cara di bawah ini :

Garam Dapur
Anda perlu taburkan saja garam di sarang anai-anai, tetapi cara ini kurang efektif dan kurang berkesan kerana garam hanya berada permukaan saja. Jadi untuk yang lebih berkesan anda bolehlah campurkan  garam dengan air serta tembakau.Campuran tersebut anda biarkan semalaman dan sembur di tempat-tempat yang berpotensi ada anai-anai.


Air Kapur Sirih
Anda boleh juga guna cara ini kerana sifat panas dari kapur sihir adalah sangat tidak disukai oleh anai-anai kerana ianyac memiliki kulit yang nipis dan lembut. Oleh itu, air kapur sirih ini sangat-sangat efektif untuk membasmi anai-anai. Caranya adalah sangat mudah, siramkan air kapur sirih ke kayu yang di serang atau juga terus ke sarangnya. Pasti anai-anai tidak muncul lagi.


Minyak Tanah
Ya mesti ada tertanya-tanyakan kerana minyak tanah sekarang ini mungkin sukar dijumpai kerana kita dah tak menggunakan lampu pelita. Anda boleh carinya di kedai dan gunakan minyak tanah ini untuk mengusir anai-anai. Caranya sangatlah mudah, anda hanya perlu semburkan minyak tanah di kayu yang telah di serang anai-anai atau juga semburkan di sarang-sarang anai-anai ini. Agar lebih berkesan, tambahkan minyak serai dengan campuran minyak tanah tersebut


Tembakau
Pokok tembakau adalah pilihan terakhir kerana tembakau ini juga berkesan kepada  anai-anai. Untuk lebih mendapat kesan terhadap anai-anai, anda boleh mencampur tembakau dan air lalu di biarkan semalaman agar memperoleh larutan tembakau. Setelah sebati dan larut, anda semburkan air campuran itu pada kayu yang di serang atau juga ke sarangnya.

Selamat mencuba, Insyallah berkesan.


** Ketahui bagaimana teknik membina ayat jualan yang mampu memukau pelanggan anda di website ini >>> Rahsia Tingkatkan Jualan Anda


Monday, 15 June 2015

DONUT GEBU DAN LEMBUT LAGI MENGGIURKAN


Yaa..Tidak dapat diucap dengan kata-kata apabila dapat makan donut kegemaran saya yang sememangnya lembut dan gebu serta menggiurkan selera hehe..Dapat pula bila dimakan bersekali dengan menghirup teh tarik dalam suasana kesejukkan hujan..Memang terangkat ooo..Meh try resepinya di bawah ini : 

Bahan-bahannya Donut ( 20 - 25 biji )

3 cawan tepung gandum
6 sudu besar gula pasir (ikut citarasa anda)
4 sudu besar susu pekat manis
1 cawan air suam 
1 biji telur
2 sudu besar mentega atau majerin
1 paket yis (ikut jenama kesukaan anda, jenama mauripan pun ok)

Cara-cara penyediaan Donut:

Mula-mula anda perlu cairkan mentega dan kemudiannya diketepikan.

Selepas itu campurkan gula dan susu ke dalam air suam, kacau supaya gula larut. Masukkan yis, dan kacau lagi serta dibiarkan selama 10 minit.

Pukul telur sedikit dan campurkan bersama mentega cair tadi.

Selepas 15 minit anda akan nampak yis akan naik berbuih-buih, dan masukkan pula mentega yang dicampur telur tadi dan seterusnya dikacau.

Seletah itu masukkan campuran yis ke dalam mangkuk yang berisi tepung gandum, digaul sehingga sebati dengan senduk kayu. Biar adunan lagi selama 40 minit.

Perlu banyakkan tepung ditangan agar adunan tidak melekat.(Sememangnya adunan donut ini memang agak lembik dan melekit). Ambil sedikit adunan dan bulatkan serta bentukkan donut di atas papan pencanai. 

Setelah dibentuk donut berkenaan, anda panaskan minyak dan gunakan api sederhana. Alihkan selalu donut berkenaan supaya donut mendapat warna yang sekata. Setelah agak kekuningan bolehlah diangkat. Tabur gula caster atau hias dengan coklat cair dan badam. Sedia untuk di makan..hehe

p/s: Anda ingin membuat air soya yang lazat dengan kos yang minima serta ingin ketahui aneka resepi taufufah yang sedap lagi lazat. Saya syorkan untuk anda kunjungi website ini >>> www.rahsiataufufah.com



Friday, 12 June 2015

TERBONGKAR RESEPI RANGUP AYAM GORENG ALA-ALA KFC


Yaa..Memang menjadi, lagi sedap kalau dapat makan tiap-tiap hari ayam goreng ala-ala KFC ni..Sejak wife saya expert buat ayam ala-ala KFC ini, kami sekeluarga tak pergi ke KFC dah. Selalu beli ayam seekor dan goreng macam resepi di bawah ini..Memang berbaloi dan meletops gitu. Cuba la try ok

Bahan-bahan (A) untuk diperap selama sejam:

1 ekor ayam di potong mengikut kesukaan anda 
8 ulas bawang putih dan  tumbuk
3 sudu besar serbuk cili (kalau anda mahukan extra pedas boleh tambah 2 sudu lagi)
2 sudu serbuk kari ayam
2 sudu teh garam
secubit bikarbonat of soda
secubit perasa yang dibenarkan atau ajinomoto
Sedikit air untuk tujuan bahan-bahan rempah di atas senang di perap dan digaul hingga sebati bersama ayam

Bahan-bahan (B) untuk salut tepung pada ayam:

3 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung gandum
garam secukup rasa
secubit bikarbonat of soda
1 sudu serbuk cili (mengikut citarasa anda)
1 biji telur – pukul telur secara berasingan

Cara-cara penyediaan ayam goreng KFC:

Anda perlu perap ayam yang telah dipotong  selama 1 jam dengan bahan-bahan (A) di atas tadi.

Semua bahan-bahan (B) salut tepung digaul rata hingga ramuan tepung sebati

Selepas itu pukul telur dan golekkan ayam dengan telur,

Selepas itu letak ayam yang sudah di golekkan dengan telur ke dalam bahan - bahan (B) iaitu bahan salut tepung dan diletakkan ke dalam bekas yang ada penutup serta digoncangkan sehingga sebati,

Seterusnya yang  terakhir sekali adalah goreng ayam yang telah disalut dengan tepung ke dalam periuk atau kuali dan biarkan ayam tenggelam dalam minyak yang panas. Masak sehingga  15 minit dan boleh dihidangkan.

p/s : Memang terangkat bila makan waktu tengah lapar. Dan jika anda berminat untuk buat mengetahui rahsia resepi dalam membuat roti bun, pau dan pizza yang lembut lagi gebu gebas, anda boleh kunjungi website ini >>> www.rahsiabun.com


** Anda berminat buat bisnes air !!! Jom pelajari teknik-teknik bisnes air balang. Memang meletopss. Modal sikit tapi untung 1 hari boleh dapat RM 500. Semua panduan penting ini akan diajar secara step by step dari perkara yang paling asas sehinggalah anda mahir..Jadi apa tunggu lagi..Semua penerangan mengenainya ada di website ini >>> www.bisnesair.com



Monday, 8 June 2015

TIP DAN RESEPI CENDAWAN CELUP TEPUNG


Dinner tadi aku teringin dan mahu makan cendawan celup tepung. Demi mengikut kemahuan ku ini lalu wife aku pun pergi ke dapur untuk menyediakan cendawan celup tepung yang rangup..Hehe

Ramai yang dah tahu kot resepi mudah untuk buat cendawan celup tepung ini tetapi kadang-kadang bila buat salutan pada cendawan kurang menjadi dan ia tidak cantik jadinya malah makin hodoh pulak tengok.

Ya..Jom saya sharekan tips dari wife aku untuk menyalut keseluruhan cendawan agar rangup dan sedap dimakan bagi menu cendawan celup tepung.

Caranya adalah seperti berikut :

Masukkan cendawan ke dalam bancuhan tepung serbaguna bersama air. Gaul mesra antara cendawan, tepung dan juga air agar dia sebati. Gaul lembut sahaja supaya campuran tersebut menyaluti cendawan.

Selepas itu lumurkan sekali lagi dengan tepung serbaguna dalam bekas berasingan. Hanya tepung sergabuna sahaja. Ini bagi memastikan salutan tepung sekata dan mesra pada cendawan yang ingin di goreng.

Selepas itu bolehlah di goreng dan sedia untuk di makan.

Kaedah ini tidak perlu celup tepung dengan telur dan yang penting sesuai dengan apa jua jenama tepung serbaguna di pasaran.

**Jika anda ingin dapatkan resepi dan penyediaan untuk roti canai yang lembut dan rangup serta resepi murtabak special. Anda boleh lawati website ini >>> www.resepiroticanai.com


Friday, 5 June 2015

20 TEKNIK MENGGODA UNTUK PIKAT HATI LELAKI YANG ANDA SUKA


Hari ini saya ingin kongsikan 20 cara yang awesome dan tips menarik cara-cara untuk memikat lelaki.

Kepada wanita-wanita yang di kasihi diluar sana, anda perlu berani untuk mencuba praktikkan tips yang awesome dan power ini bagaimana caranya untuk memikat lelaki ini. Anda wanita perlu tahu kegagalan sebenar adalah kegagalan untuk mencuba. Gagal sekali tidak bererti untuk gagal selama-lamanya.

Berikut adalah 20 teknik hebat cara-cara memikat lelaki yang harus anda sebagai wanita perlu tahu :
  1. Anda perlulah sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan si dia.
  2. Perlu pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda. Kalau tak pandai memasak jangan risau perlu belajar dari sekarang.
  3. Anda mestilah perwatakan menarik dan penyanyang (Personaliti yang mampu mengugat hatinya).
  4. Mesti ada sifat jujur dan sentiasa merendah diri.
  5. Sentiasa melakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tak suka.
  6. Ini yang penting mesti mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu). Tetapi jika anda sedikit tembam berusahalah untuk excersice.
  7. Anda perlu mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut dan jangan terlalu kasar
  8. Perlu pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada disamping lelaki yang anda minati.
  9. Jangan terlalu mengongkong yang boleh melemaskan lelaki.
  10. Ketika berbicara dan berinteraksi dengan lelaki jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.
  11. Perlu jaga tatacara pemakaian anda, seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati. Kalau boleh berpakaian la secara sopan.
  12. Selalulah memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati sebagai rancangan pertama memikat dirinya..Pastinya lelaki berkenaan terharu dengan pemberian kad itu.
  13. Ini adalah penting lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.
  14. Pastikan apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renunglah matanya dan tunjukkan sifat kelakar dan humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan bererti kamu ini perempuan murahan.
  15. Janganlah bersikap selalu jual mahal apabila berada disamping mereka.
  16. Anda perlulah bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
  17. Anda mestilah bersikap tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.
  18. Janganlah suka bercakap benda-benda yang tidak berfaedah dan tidak bermanafaat ketika bercakap dengan mereka.
  19. Ini adalah penting dan anda mestilah jangan bandingkan ‘dia’ dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali. Memang pantang si lelaki.
  20. Anda perlulah menjadi temannya yang setia ketika dia susah dan senang.

Dan banyak lagi tips yang hebat yang perlu anda ketahui untuk memikat si lelaki yang anda sukai untuk dijadikan teman hidup. Jika anda ingin menyelami hati lelaki dan ingin dapatkan teknik hebat untuk memikat si lelaki boleh layari di website ini >>> www.pikatlelaki.com


Monday, 1 June 2015

RESEPI MUDAH BUAT KUIH GULUNG YANG MENYELERAKAN


Petang-petang gini selalunya perut jadi lapar..Hujan turun dari pagi sampai petang tak berhenti-henti. Perut ni asik berbunyi, suruh di isi. Jadi macam biasa la minta isteri tolong buatkan kuih gulung kegemaran saya. Ada yang panggil kuih ketayap. Sebab apa kuih gulung atau ketayap menjadi pilihan untuk minum petang, sebab ianya cukup mudah dan segala bahan-bahannya telah ada..Hehe. Mari saya sharekan resepi nya. Insyallah jadi. 

Penyediaan untuk makan (3-6 orang)

Bahan-bahan untuk kulitnya
 1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan santan (boleh diganti dengan susu segar)
1 1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar minyak masak
2 biji telur
2 helai daun pandan
pewarna hijau

Bahan-bahan untuk buat intinya
1/2 atau 1 biji kelapa parut
3/4 cawan gula merah (ikut citarasa anda atau boleh dikurangkan )
1 helai daun pandan

Cara-cara penyediaan untuk inti
Permulaannya masukkan gula merah dan kelapa parut serta sehelai daun pandan ke dalam kuali. Seterusnya kacau sampai menjadi sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah selama 10-20 minit. Inti tersebut akan bertukar menjadi warna keperangan. Setelah betul-betul sebati boleh diangkat dan di letakkan kedalam bekas dan jangan lupa untuk buang daun pandan tadi.

Cara-cara penyediaan untuk kulit
Ambil santan dan blend dengan daun pandan dan tapis. Kemudiannya anda ambil tepung masukkan ke dalam mangkuk dan letakkan secubit garam dan campurkan santan yang telah di blend dengan daun pandan tadi.

Seterusnya kacau sehingga sebati . Selepas itu masukkan telur serta minyak dan kacau lagi. Jika anda nak warna original ketayap tak payah guna pewarna, sebab warna daun pandan tadi akan membuat adunan tadi warna hijau, jika anda nak juga tambahkan sedikit lagi perwarna, letaklah 3-4 titik ke dalam adunan anda.

Setelah selesai aduanan d iatas , anda panaskan pan, letakkan sedikit minyak dan seterusnya ambil 1 senduk adunan tadi dan letakkan pada pan dan layangkan agar adunan tadi menjadi bulat. Masak sehingga 2-3 minit, dan angkat. Jangan masak terlalu lama nanti jadi tak sedap.

Setelah masak angkat kulit tadi dan terus masukkan inti dan gulung mengikut kreativiti anda sama macam buat popia.

Ulangi  semua proses di atas sehingga adunan tadi habis. Dan setelah semuanya siap, boleh la di makan.

Cukup mudah bukan..Rasanya tak sampai pun 1 jam kalau semua bahan-bahan untuk buat kuih ketayap ini ada.

**Jika anda ingin membuat roti canai atau murtabak yang sedap, lembut dan rangup dan di gemari oleh suami dan anak-anak anda, boleh tengok resepi dan penyediaannya di sini >>> www.resepiroticanai.com


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...