Monday, 15 June 2015

DONUT GEBU DAN LEMBUT LAGI MENGGIURKAN


Yaa..Tidak dapat diucap dengan kata-kata apabila dapat makan donut kegemaran saya yang sememangnya lembut dan gebu serta menggiurkan selera hehe..Dapat pula bila dimakan bersekali dengan menghirup teh tarik dalam suasana kesejukkan hujan..Memang terangkat ooo..Meh try resepinya di bawah ini : 

Bahan-bahannya Donut ( 20 - 25 biji )

3 cawan tepung gandum
6 sudu besar gula pasir (ikut citarasa anda)
4 sudu besar susu pekat manis
1 cawan air suam 
1 biji telur
2 sudu besar mentega atau majerin
1 paket yis (ikut jenama kesukaan anda, jenama mauripan pun ok)

Cara-cara penyediaan Donut:

Mula-mula anda perlu cairkan mentega dan kemudiannya diketepikan.

Selepas itu campurkan gula dan susu ke dalam air suam, kacau supaya gula larut. Masukkan yis, dan kacau lagi serta dibiarkan selama 10 minit.

Pukul telur sedikit dan campurkan bersama mentega cair tadi.

Selepas 15 minit anda akan nampak yis akan naik berbuih-buih, dan masukkan pula mentega yang dicampur telur tadi dan seterusnya dikacau.

Seletah itu masukkan campuran yis ke dalam mangkuk yang berisi tepung gandum, digaul sehingga sebati dengan senduk kayu. Biar adunan lagi selama 40 minit.

Perlu banyakkan tepung ditangan agar adunan tidak melekat.(Sememangnya adunan donut ini memang agak lembik dan melekit). Ambil sedikit adunan dan bulatkan serta bentukkan donut di atas papan pencanai. 

Setelah dibentuk donut berkenaan, anda panaskan minyak dan gunakan api sederhana. Alihkan selalu donut berkenaan supaya donut mendapat warna yang sekata. Setelah agak kekuningan bolehlah diangkat. Tabur gula caster atau hias dengan coklat cair dan badam. Sedia untuk di makan..hehe

p/s: Anda ingin membuat air soya yang lazat dengan kos yang minima serta ingin ketahui aneka resepi taufufah yang sedap lagi lazat. Saya syorkan untuk anda kunjungi website ini >>> www.rahsiataufufah.com



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...