Friday 19 June 2015

PETUA SEGERA DAN BERKESAN MENGHALAU ANAI-ANAI


Anda menghadapi masalah anai-anai yang merosakkan rumah, perabot dan segala benda yang berkayu. Mari saya sharekan kepada anda petua menghalau anai-anai dan anda boleh cuba mana-mana cara di bawah ini :

Garam Dapur
Anda perlu taburkan saja garam di sarang anai-anai, tetapi cara ini kurang efektif dan kurang berkesan kerana garam hanya berada permukaan saja. Jadi untuk yang lebih berkesan anda bolehlah campurkan  garam dengan air serta tembakau.Campuran tersebut anda biarkan semalaman dan sembur di tempat-tempat yang berpotensi ada anai-anai.


Air Kapur Sirih
Anda boleh juga guna cara ini kerana sifat panas dari kapur sihir adalah sangat tidak disukai oleh anai-anai kerana ianyac memiliki kulit yang nipis dan lembut. Oleh itu, air kapur sirih ini sangat-sangat efektif untuk membasmi anai-anai. Caranya adalah sangat mudah, siramkan air kapur sirih ke kayu yang di serang atau juga terus ke sarangnya. Pasti anai-anai tidak muncul lagi.


Minyak Tanah
Ya mesti ada tertanya-tanyakan kerana minyak tanah sekarang ini mungkin sukar dijumpai kerana kita dah tak menggunakan lampu pelita. Anda boleh carinya di kedai dan gunakan minyak tanah ini untuk mengusir anai-anai. Caranya sangatlah mudah, anda hanya perlu semburkan minyak tanah di kayu yang telah di serang anai-anai atau juga semburkan di sarang-sarang anai-anai ini. Agar lebih berkesan, tambahkan minyak serai dengan campuran minyak tanah tersebut


Tembakau
Pokok tembakau adalah pilihan terakhir kerana tembakau ini juga berkesan kepada  anai-anai. Untuk lebih mendapat kesan terhadap anai-anai, anda boleh mencampur tembakau dan air lalu di biarkan semalaman agar memperoleh larutan tembakau. Setelah sebati dan larut, anda semburkan air campuran itu pada kayu yang di serang atau juga ke sarangnya.

Selamat mencuba, Insyallah berkesan.


** Ketahui bagaimana teknik membina ayat jualan yang mampu memukau pelanggan anda di website ini >>> Rahsia Tingkatkan Jualan Anda


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...