Petua yang dinyatakan ini adalah fokus utama ialah kawalan nafsu makan dengan mengikut tertib dan disiplin yang teratur selain melakukan senaman fizikal yang konsisten..Insyallah jika diamalkan secara berterusan pasti berat badan anda akan menurun..
1.
Kunyah makanan lebih lama dari biasa. Ini akan membuatkan anda berasa cepat
kenyang lantas akan mengurangkan pengambilan makanan.
2.
Kurangkan pengambilan makanan yang tidak sihat sedikit demi sedikit. Makan
makanan yang kurang lemak. Kurangkan makanan yang mengandungi jumlah gula yang
tinggi seperti air bergas, kuih muih, dan makanan ringan.
3.
Jika anda terasa lapar, makan hanya sedikit sahaja nasi dan banyakkan makan
buah-buahan dan sayur-sayuran untuk menghilangkan rasa lapar.
4.
Jangan makan lewat malam. Jika anda tergolong dalam golongan ini, kurangkan
pengambilan sedikit demi sedikit dan makan selewat-lewatnya 3 jam sebelum masuk
tidur.
5.
Jika anda terbangun dari tidur pada waktu malam dan terasa lapar, minum air
kosong atau makan sebiji buah seperti epal atau pisang.
6.
Jangan terlepas atau sengaja melepaskan waktu makan anda dengan tujuan untuk
menurunkan berat badan. Anda hanya akan berjaya menurunkan metabolisme badan
sahaja dengan cara ini. Langkah terbaik adalah makan 5-7 hidangan sederhana
sehari.
7.
Kawal nafsu makan anda kerana ia akan membuatkan anda makan lebih daripada yang
sepatutnya. Anda perlu makan 5-7 kali hidangan sehari demi untuk mengawal nafsu
makan anda.
8.
Jika anda masih gagal mengawal nafsu makan, anda boleh membeli 'protein shakes'
dan memakannya di antara hidangan 2 kali sehari iaitu antara sarapan dan makan
tengahari serta antara makan tengahari dan makan malam.
9.
Anda boleh menggunakan pil diet untuk mempercepatkan lagi proses menurunkan
berat badan. Tetapi ia akan menjadi sia-sia jika anda tidak mengamalkan cara
pemakanan yang betul dan sihat.
10.
Tingkatkan aktiviti fizikal anda. Latih diri berjalan sekurang-kurangnya 400
meter sehari. Anda tidak semestinya perlu pergi ke gym atau berjogging di
padang permainan. Objektif utama adalah untuk membakar lebih banyak kalori.
Lakukan aktiviti seperti park kereta anda lebih jauh dari destinasi yang hendak
dituju dan pilih untuk menggunakan tangga daripada menggunakan lif.
11.
Buat senaman 'sit up' dan 'push up' setiap kali bangun tidur pada waktu pagi
dan pada waktu petang selepas balik kerja. Lakukan sebanyak 20 kali setiap set.
Tambah jumlah 'sit up' dan 'push up' dari hari ke hari sehingga mampu untuk
membuat 100 kali setiap set. Dengan cara ini, anda bukan sahaja boleh
menurunkan berat badan dengan cepat, malah berpotensi untuk mendapat perut yang
cantik berketul-ketul.
Jika anda ingin menurunkan berat badan dan dapatkan berat badan yang ideal, saya sarankan anda lawati website ini >>> TEKNIK BAKAR LEMAK-DIET ATKINS
Jika anda ingin menurunkan berat badan dan dapatkan berat badan yang ideal, saya sarankan anda lawati website ini >>> TEKNIK BAKAR LEMAK-DIET ATKINS